Lagu Tugasan 8 Peserta Final All Stars Gegar Vaganza 2023

Lagu Tugasan 8 Peserta Final All Stars Gegar Vaganza 2023

Berapa lagu tugasan yang akan dibawa oleh peserta-peserta final All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada malam minggu ini nanti? Adakah mereka mampu untuk menjayakan segala cabaran tersebut bagi mengejar gelaran juara kali ini dan bakal membawa hadiah wang tunai utama sebanyak RM200,000 yang mana kita akan ketahui pada 10 Disember ini.

Buat pertama dalam sejarah Gegar Vaganza apabila seramai 8 peserta yang disenaraikan dalam konsert final dan mereka ialah Azharina, Jaclyn Victor, Tomok, Siti Nordiana, Hadi Mirza, Liza Hanim, Naqiu dan Nikki Palikat. Dan pertama kali juga mereka akan bawakan 3 tugasan untuk minggu terakhir ini berbanding dua pada musim-musim sebelumnya.

BACA : Senarai Penuh Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023

Senarai 3 Tugasan Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023

Nampaknya GV10 kali ini buat seperti pada musim-musim sebelumnya. Barisan peserta yang pernah menjadi juara dan juga antara peserta yang pernah menyertai GV sebelum ini diberi tugasan yang lebih mencabar kali ini. Jika pada musim pertama mereka sertai GV dan berjaya sampai ke final, mereka perlu harungi 2 pusingan sahaja, tetapi kali ini mereka ada 3 pusingan dengan bmakna 3 lagu yang perlu dibawa.

Para peserta akan bawakan lagu solo, lagu duet dan lagu battle:

1.  Tugasan 1 (Solo)

Dengan tema bebas, setiap daripada peserta yang diberi lagu tugasan yang akan dibawakan pada malam final All Stars Gegar Vaganza 2023. Tomok akan menyanyikan lagi Seberapa pantas daripada Shiela On 7, Niiki Palikat bawakan lagu Tragedi Buah Epal nyanyian asal Anita Sarawak. Manakala Naqiu pula lagu Nur Nilam Sari daripada Dato'Awie dan Search.

Hadi Mirza, Liza Hanim dan Jaclyn Victor masing-masing bawakan lagu inggeris iaitu Making Love Out Of Nothing At All (Air Supply), My Heart Will Go On (Celine Dion) dan When You Belive (Whitney Houston & Mariah Carey). Manakala Azharina bawakan lagi Halo daripada Beyonce dan Siti Nordiana bakal sampaikan lagu Kisah Hari nyanyian asal Datin Alyah.

2.  Tugasan 2 (Duet)

Untuk pusingan kedua, setiap peserta akan diberi pasangan untuk sampai sebuah lagu bersama secara duet. Ternyata konsert akhir kali ini bukan biasa-biasa apabila pasangan duet yang dijemput khas bukan calang-calang nama. Kebanyakkan mereka mempunyai nama besar dalam industri hiburan tanah air termasuklah juga artis daripada seberang, Indonesia.

  • Tomok (pasangan duet : Armand Maulana) - Terbang
  • Nikki Palikat (pasangan duet : Dato' Zainal Abidin) - Ikhlas Tapi Jauh
  • Naqiu (pasangan duet : Cakra Khan) - Kekasih Bayangan
  • Hady Mirza (pasangan duet : Dayang Nurfaizah) - Seandainya Masih Ada Cinta
  • Jaclyn Victor (pasangan duet : Dato' Jamal Abdillah) - Sandarkan Pada Kenangan
  • Liza Hanim (pasangan duet : Aina Abdul) - Terus Hidup
  • Azharina (pasangan duet : Dato' Ramli Sarip - Kamelia
  • Siti Nordiana (pasangan duet : Ifan Seventeen) - Kemarin

Selain daripada tugasan para peserta. Gandingan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse juga ditugaskan berduet untuk acara pembukaan. Lebih hebat lagi, akan ada satu lagu pasangan duet undangan untuk sertai mereka iaitu Amar Ahnaf dan Anna Jobling turut akan berkongsi pentas pada duet opening pada malam akhir All Stars Gegar Vaganza 2023.

lagu duet all stars gegar vaganza 2023

3.  Tugasan 3 : Gegaran Battle Vaganza

Untuk lagu tugasan terakhir, para peserta akan berlawan sesama mereka dalam pusingan battle. Jika musim-musim sebelumnya akan ada 2 peserta berentap untuk nyanyikan satu lagu. Tapi kali ini akan ada 4 peserta akan battle untuk sampai satu lagu sahaja. Ini bermakna hanya ada 2 lagu sahaja yang akan didendangkan untuk pusingan 3.

  • Tomok, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Siti Nordiana - Kill This Love (Blackpink)
  • Nikki Palikat, Hady Mirza, Naqiu, Azharina - Sorry, Sorry (Super Junior)

Siaran Langsung Final All Stars Gegar Vaganza 2023

Selain daripada peserta dan lagu tugasan, sebenarnya ini juga menjadi sejarah dalam lipatan Gegar Vaganza apabila buat pertama kali konsert final akan dilangsung di dalam venue yang besar iaitu di Axiata Arena Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Dan pastinya untuk mereka yang ingin hadir, perlu dapatkan tiket masuk menerusi www.ticket2u.com.my.

All Stars Gegar Vaganza 2023 akan berlangsung pada 10 Disember 2023, hari Ahad yang mana turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go. Orang ramai juga boleh tonton secara live streaming di platform Sooka. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Lagu Tugasan 8 Peserta Final All Stars Gegar Vaganza 2023"