Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Argentina Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Argentina Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Kini tiba hari kedua bagi kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 yang melibatkan pasukan negara. Kali ini Malaysia vs Argentina yang pastinya menjadi perlawanan terpenting untuk Young Tigers memberikan sesuatu.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 6 Disember 2023, iaitu hari Rabu, pada pukul 8.00 malam waktu tempatan bertempat di Stadium Hoki National Bukit Jalil. Orang ramai sekali lagi dijemput hadir untuk meriahkan suasana.

Pada hari kedua ini, masih seperti sebelumnya dimana akan ada enam perlawanan yang berlangsung melibatkan hampir semua pasukan. Selain daripada perlawanan Malaysia, satu lagi perlawanan dalam Pool A adalah antara Australia dan Chile.

Pertemuan Sebelumnya

Pada hari pembukaan, Malaysia berjaya mengatasi lawan dengan cemerlang sekali. Dalam tempoh 90 minit, young tigers berjaya menumpaskan Chile dengan jaringan 7 gol berbalas 1, sekali gus menempatkan diri di kedudukan teratas kumpulan.

Manakala Argentina juga meraih kemenangan pertama terhadap Australia dengan jaringan tipis 1-0 sahaja. Dengan itu, Argentina kini mengutip 3 mata sama seperti Malaysia dan berada di kedudukan kedua dalam kumpulan A.

Sejarah Pertemuan

Lawan kali ini, Argentina bukan sesuatu yang mudah. Mereka merupakan penyandang juara untuk edisi ke-12 tahun 2021 yang lalu dan telah bergelar juara dalam piala dunia sukan hoki junior sebanyak dua kali dan naib juara sekali.

Sejak tahun 1989, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 7 kali dan kali terakhir adalah pada tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, Malaysia menang 4 daripadanya dan tewas 3 kali. Kali terakhir bertemu adalah di Sultan Johor Cup 2015 dengan kemenangan dicapai oleh Malaysia (3-2).

Mampukah skuad kendalian Muhammad Amir Rahim ini melakar sejarah untuk menumpaskan penyandang juara dalam perlawanan kali ini? Ingat, kali ini bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong kita. Kelebihan yang bersar diperoleh.

Datang Ke Stadium Beramai-Ramai

Untuk merialisasikan harapan untuk meraih kemenangan ini, selain daripada pemain yang beraksi di atas padang, penyokong juga memainkan peranan. Mereka boleh bagi sokongan moral dan sorakan kepada pemain-pemain untuk beraksi dengan baik.

Jadi ayuh semua penyokong untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Hoki National Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan ini Malaysia vs Argentina. Jangan risau, kemasukan adalah percuma dan tidak perlu bayar pun. Selagi ada seat, boleh masuk.

Siaran Langsung Malaysia vs Argentina

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, tetapi ingin menyaksikan di rumah, anda boleh menonton perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran RTM di Sukan RTM (Myfreeview 111).

Untuk yang tidak mempunyai kotak MYTV atau pengguna Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform RTM Klik sama ada di laman web rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile. Boleh juga strim di watch.hockey.

Jadual & Keputusan

Jadi jangan sekali lagi, jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Malaysia vs Argentina dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 peringkat kumpulan pada 6 Disember ini bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Keputusan untuk perlawanan ini pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga tamat perlawanan pada malam tersebut.

6 Disember 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (0) - (4) Argentina

  • Batista Capurro 20' (FG)
  • Marco Aguirregomezcorta 28' (FG)
  • Inaki Minadeo 44' (PC)
  • Juan Fernandez 48' (FG)

Waktu : 8.00 Malam
Venue : Stadium Hoki Bukit Jalil
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Argentina Hoki Piala Dunia Remaja 2023"