Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria

Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria

Saksikan drama siri Gempak Original Kau vs Aku 2 yang merupakan sekuel atau kesinambungan daripada musim pertama yang sebelum ini disiarkan di Sooka pada tahun 2022.

BACA : Drama Kau vs Aku Musim Pertama

Kini drama terbaru yang diinspirasikan daripada novel wattpad ini akan disiarkan di slot Dramavaganza Astro Ria 104 mulai 10 Januari 2024, iaitu setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam.

Drama siri 8 episod ini merupakan terbitan Red Comm, diarahkan oleh Khairi Anwar yang juga merangkap penulisan skrip bersama Suzanne Ong dan Anwar Hadi.

Barisan Pelakon & Watak

Teraju utama drama ini masih dikekalkan dan antara nama-nama pelakon yang terlibat seperti Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Nabil Aqil, Yuna Rahim, Ellyza Azizi, Arash Mohamed, Marissa Yasmin, Zahim Albakri dan ramai lagi.

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Chubb-E sebagai Zafran
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Nabil Aqil sebagai Farhan
  • Yuna Rahim sebagai Sophea
  • Ellyza Aziera Azizi sebagai Hajar
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
  • Arash Mohd sebagai Encik Ridhuan

Sinopsis Drama Kau vs Aku 2

Drama Kau vs Aku 2 merupakan kesinambungan kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara.

Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish.

Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar. Apakah yang bakal terjadi pada mereka?

Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria"