Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Live Streaming Piala Asia 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Live Streaming Piala Asia 2023

Perlawanan siaran langsung Malaysia vs Jordan pada 16 Januari 2024, Selasa dengan waktu sepak mula pukul 1.30 pagi bertempat di Stadium Al Janoub, Qatar.

Malaysia dan Jordan akan membuat perhitungan di Stadium AL Janoub di Al Wakrah, Qatar bagi perlawanan kedua kumpulan E selepas Korea dan Bahrain.

Malaysia yang berada di rangking ke-130 FIFA merupakan pasukan dengan kedudukan terendah dalam kumpulan ini dan telah melayakkan diri ke Piala Asia 2023 kali ini sejak tahun 2007.

Meskipun begitu, Harimau Malaya kali ini menunjukkan mentaliti berkeyakinan bagi memberikan saingan yang hebat kepada setiap lawan yang dihadapinya.

Manakan tidak, dalam lima perlawanan terakhir, Malaysia hanya kalah sekali dan seri sekali termasuk perlawanan persahabatan yang berlangsung di Qatar sebelum ini. Menang tiga kali.

Jika buat perbandingan, Jordan dengan jumlah perlawanan yang sama, mereka hanya menang sekali sahaja, selebihnya tewas tiga kali dan seri sekali.

Ketua jurulatih, Kim Pan Gon telah menyenaraikan 26 pemain terbaik termasuklah gandingan kiri dan kanan yang pastinya diintai oleh seluruh dunia iaitu Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Jordan

Setakat ini, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak lima kali dan Jordan masih mengekalkan rekod bersih tanpa kekalahan; menang tiga kali dan seri dua kali.

Pada perlawanan terakhir, Oktober 2021, Malaysia menerima tamparan hebat apabila tumpas 0-4 kepada Jordan.

Waktu Perlawanan Malaysia vs Jordan

  • Tarikh : Selasa, 16 Januari 2024
  • Masa : 1.30 Pagi
  • Venue : Stadium Al Janoub

Jadual perlawanan ini akan berlangsung pada tengah malam hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 1.30 pagi mengikut waktu Malaysia.

Siaran Langsung Piala Asia 2023 - TV & Live Streaming

Bagi yang tidak berkesempatan untuk berada di Qatar, jangan risau. Ini kerana perlawanan Piala Asia terutamanya melibatkan skuad Harimau Malaya akan ditayangkan secara langsung di kaca tv.

Untuk Malaysia vs Jordan, ianya akan disiarkan di saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 serta tontonan online di Astro Go.

Selain itu, ianya juga turut dibawakan menerusi siaran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Jadi yang tiada Astro, boleh saksikan secara percuma di RTM.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh menonton perlawanan ini secara live streaming sama ada menggunakan platform Sooka yang perlukan langganan atau percuma sahaja di RTM Klik.

Sempena pasukan negara layak ke Piala Asia tahun ini, kerajaan juga mengadakan tayangan skrin besar di lokasi pilihan seluruh negara termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil. Anda boleh datang beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan ini. Masuk percuma.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan kumpulan E Piala Asia AFC 2023-2024 antara Malaysia vs Jordan yang berlangsung pada 16 Januari 2024 mengikut waktu Malaysia

FT : Malaysia (0) - (4) Jordan

  • Mahmoud Al Mardi 12', 32'
  • Musa Al-Taamari 18' (P), 85'

Masa : 1.30 Pagi
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

*Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

Senarai Kesebelasan Utama Malaysia

Syihan Hazmi (PG), Matthew Davies (K), Faisal Halim, Stuart Wilkin, Darren Lok, Arif Aiman, Junior Eldstal, Afiq Fazail, Dion Cools, Corbin-Ong, Romel Morales.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Jordan Live Streaming Piala Asia 2023"