Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir AFC Asian Cup 2023

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir AFC Asian Cup 2023

Saingan kini semakin sengit apabila empat pasukan terbaik kini secara rasmi telah menempah slot ke pusingan Separuh Akhir Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Februari 2024.

Semi finalist kali ini bukanlah calang-calang pasukan, tiga daripadanya merupakan bekas juara Piala Asia termasuklah tuan rumah yang berjaya meletakkan diri mereka sebaris dengan pasukan-pasukan elit untuk benua Asia.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Suku Akhir Asian Cup 2024

Senarai Pasukan Layak Ke Separuh Akhir

Pada saingan suku akhir sebelum ini, kita telah dikejutkan apabila Jepun tewas kepada juara tiga kali, Iran dalam tempoh perlawanan sebenar. Ini selepas Iran berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 2-1.

Berbeza dengan jiran mereka, Korea Selatan apabila tuah memihak pasukan tersebut. Gol penyamaan hadir pada penghujung permainan yang terpaksa diheret ke masa tambahan. Meskipun hampir tewas, Korea membuktikan sekali lagi, mereka raja 'last minit' apabila berjaya mendapatkan gol kemenangan yang juga berkesudahan dengan 2-1.

Kemaraan Tajikistan dalam peringkat kalah mati terhenti di saingan suku akhir apabila tewas kepada Jordan meskipun jaringan tersebut dibuat oleh pasukan mereka (gol sendiri). Mereka tewas tipis 1-0 kepada Jordan.

Pasukan tuan rumah, Qatar juga layak ke semi final apabila berjaya menumbangkan Uzbekistan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasuakn terikat 1-1 dalam tempoh perlawanan sebenar dan masa tambahan.

Jadi empat pasukan yang berjaya mara ke Separuh Akhir Piala Asia 2023-2024 adalah terdiri daripada Korea Selatan, Jordan, Qatar dan Jordan. Pasukan manakah agaknya yang akan berjaya mara ke final yang dijadualkan berlangsung pada 10 Februari depan?

*Malaysia betul-betul berada dalam group of death apabila dua pasukan daripada Kumpulan E berjaya ke separuh akhir iaitu Jordan dan Korea Selatan.

Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Asia 2023

Untuk perlawanan pusingan separuh akhir ini, orang ramai terutamanya di Malaysia boleh saksikan secara langsung yang dibawakan ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, sebagai alternatif, orang ramai juga boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka sama ada menerusi laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan dengan harga RM12.90 untuk pas 24-jam.

Untuk saluran RTM, hanya disediakan tayangan tertunda sahaja bermula daripada saingan suku akhir sebelum ini. Jika anda ingin menyaksikannya, anda boleh pergi ke saluran TV Okey dan Sukan RTM serta secara online di RTM Klik.

Jadual & Keputusan Terkini Perlawanan

Berikut merupakan jadual dua perlawanan pusingan Separuh Akhir Piala Asia 2023-2024 yang berlangsung pada 6 dan 7 Februari 2024 dengan waktu sepak mula adalah mengikut waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia 2023

6 Februari 2024, Selasa
FT : Jordan (2) - (0) Korea Selatan - 11.00 pm di Arena Bola

7 Februari 2024, Rabu
FT : Iran (2) - (3) Qatar - 11.00 pm di Arena Bola

Jadual Keputusan Siaran Langsung Separuh Akhir AFC Asian Cup 2023

*Pemenang bagi setia perlawanan akan menempah tiket ke pusingan akhir, final yang dijadualkan berlangsung pada 10 Februari 2024. Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post