Jadual Suku Akhir Piala Asia 2023 (Siaran Langsung & Live Streaming)

Jadual Suku Akhir Piala Asia 2023

Kini kita sudah ketahui lapan pasukan terhebat Asia yang telah berjaya lolos ke Suku Akhir apabila memenangi perlawanan masing-masing pada pusingan 16 terbaik sebelum dalam kejohanan Piala Asia 2023-2024.

Untuk Quarter Final kali ini akan berlangsung untuk dua hari sahaja iaitu bermula pada 2 dan 3 Februari 2024. Setiap hari akan berlangsung dua perlawanan yang hanya melibatkan empat perlawanan secara keseluruhan.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Pusingan 16 AFC Asian Cup 2023

Untuk format pertandingan, sama sahaja seperti pusingan sebelumnya. Pasukan yang berjaya menjaringkan gol lebih banyak akan mara ke separuh akhir. Sekiranya tiada pemenang dalam tempoh 90 minit, ianya akan dibawa ke masa tambahan dan sekiranya tiada juga pemenang, akan diteruskan menerusi penentuan sepakan penalti.

Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir

Banyak drama yang telah dapat lihat ketika pusingan 16 terbaik sebelum ini. Tajikistan meskipun penampilan pertama dalam peringkat kalah mati, mereka berjaya mara lebih jauh kali ini apabila menumpaskan UAE dalam penentuan sepakan penalti.

Selain itu, jaringan minit-minit akhir Korea Selatan berjaya menyelamatkan pasukan tersebut. Bukan itu sahaja, penentuan akhirnya dibuat menerusi juga daripada sepakan penalti yang menyebelahi skuad Son Heung Min apabila menang 4-2 kepada Arab Saudi.

Lain-lain keputusan, Australia tidak berdepan masalah bertemu Indonesia dengan kemenangan 4-0. Jordan mara ke suku akhir selepas mengalahkan Iraq 3-2. Qatar dan Uzbekistan masing-masing menang 2-1 ketika menentang Palestin dan Thailand.

Calon juara, Jepun juga berjaya mara ke quarter final apabila menumpaskan juara kumpulan D, Bahrain dengan jaringan 3-1. Iran menjadi pasukan terakhir menempah slot ke suku akhir apabila menang dalam penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 meskipun bermain dengan 10 orang.

Lapan pasukan yang layak ke suku akhir adalah Australia, Tajikistan, Jordan, Qatar, Uzbekistan, Korea Selatan, Jepun dan Iran.

Siaran Langsung Pusingan Suku Akhir Piala Asia 2023

Untuk pusingan suku akhir, anda boleh menyaksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena 803-804 yang ditayangkan secara langsung pada hari perlawanan dengan ulasan dalam Bahasa Melayu untuk tontonan di Malaysia.

Selain itu, jika anda ingin menonton secara live streaming, anda boleh menggunakan aplikasi Astro Go atau menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM12.90 sehari.

Bermula suku akhir ini, rakan penyiar rasmi RTM akan mula menayangkan perlawanan penuh di kaca tv, tetapi bukan secara langsung. Sebaliknya adalah perlawanan tertunda. Jadi anda boleh saksikan di TV Okey, Sukan RTM dan online RTM Klik.

Jadual & Keputusan Perlawanan Terkini AFC Asian Cup 2024

Berikut jadual penuh dan keputusan bagi setiap perlawanan yang berlangsung dalam pusingan Suku Akhir Piala Asia AFC Qatar 2023. Ianya hanya berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2024 dengan waktu sepak mula mengikut waktu Malaysia.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Asia 2023

2 Februari 2024, Jumaat
FT : Tajikistan (0) - (1) Jordan - 7.30 pm di Astro
AET : Australia (1) - (2) Korea Selatan - 11.30 pm di Astro

3 Februari 2024, Sabtu
FT : Iran (2) - (1) Jepun - 7.30 pm di Astro
AET : Qatar (1) - (1) Uzbekistan [Pen: 3-2] - 11.30 pm di Astro

Jadual Suku Akhir Piala Asia 2023

*Pasukan yang menang akan layak ke pusingan Separuh Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Februari 2024.

BACA JUGA : Senarai Pasukan Layak Ke Separuh Akhir Piala Asia 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post