Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Korea Separuh Akhir (Live Streaming)

Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Korea Separuh Akhir (Live Streaming)

Perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) antara Jordan vs Korea Selatan akan berlangsung siaran langsung pada 6 Februari 2024, Selasa, jam 11.00 malam bertempat di Stadium Ahmad Bin Ali di Qatar.

Ini merupakan perlawanan pertama untuk pusingan semi final dimana satu lagi pasukan melibatkan Iran dan tuan rumah, Qatar akan berlangsung pada esok, 7 Februari 2024 dengan waktu sepak mula yang sama berlangsung di Stadium Al Thumama.

BACA JUGA : Jadual Penuh Semi Final AFC Asian Cup 2023

Ini akan menjadi pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun. Setakat ini Jordan tidak lagi pernah menewaskan Korea. Korea Selatan menang tiga daripadanya dan seri juga tiga kali.

Pertembungan kali terakhir pastinya dalam kempen Piala Asia kali ini juga iaitu ketika peringkat kumpulan apabila kedua-duanya diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Bahrain dan skuad Harimau Malaya, Malaysia.

Dalam pertembungan tersebut, Jordan mendahului hinnga ke minit-minit akhir apabila Korea berjaya menyamakan kedudukan dan berakhir dengan keputusan seri sera masing-masing peroleh 1 mata dalam perlawanan tersebut.

Ternyata benar lah, group E adalah 'group of death'. Manakan tidak, tiga daripada pasukan didalamnya berjaya mara ke pusingan 16 terbaik dan akhirnya dua pasukan dengan kumpulan yang sama bertemu kembali di pusingan separuh akhir.

Jika buat perbandingan kedudukan FIFA bagi kedua-dua pasukan, Jordan kini mendudukan tangga ke-87 dunia, manakala di kedudukan lebih baik iaitu di tempat ke-23. Jika diatas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada Korea.

Tetapi dalam kejohanan sebesar Piala Asia ini segalanya boleh berlaku. Korea juga sebenarnya hampir tersingkir di pusingan 16 dan suku akhir sebelum ini. Akan tetapi jaringan lewat permainan, berjaya menyelamatkan pasukan tersebut.

Pemenang bagi perlawanan ini, secara automatik akan melangkah ke final Asian Cup 2023 bertemu pemenang antara Qatar dan Iran. Manakala yang tewas akan pulang. Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Jordan vs Korea - Siaran Langsung Di Astro Dan Live Streaming

Bagi yang terus mengikuti perkembangan saingan Piala Asia edisi 2023 kali ini, bagi pusingan separuh akhir ini, anda boleh saksikan secara langsung perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Manakala untuk yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Untuk tayangan di penyiar RTM, hanya disediakan perlawanan secara tertunda sahaja iaitu pada keesokan harinya. Anda boleh saksikan menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Untuk striming, boleh menggunakan RTM Klik

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan terkini yang dijadualkan bagi kempen Separuh Akhir Piala Asia 2023 yang melibatkan Jordan vs Korea Selatan. Keputusan tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan akan diumumkan sepenuhnya pada akhir perlawanan

6 Februari 2024 (Selasa)

FT : Jordan (2) - (0) Korea

  • Yazan Al-Naimat 53'
  • Musa Al-Taamari 66'

Masa : 11.00 Malam
Tempat : Stadium Ahmad Bin Ali
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Korea Separuh Akhir (Live Streaming)"