Akhirnya Berjaya! Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di iPhone Untuk Tahun 2024

Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di iPhone Untuk Tahun 2024

Akhirnya selepas macam-macam cara dah buat, berjaya juga untuk tukar dan betulkan kalendar Hijrah untuk Ramadan tahun 2024 ini di iPhone.

Tahun ini, tiba-tiba je kalendar Hijrah di iPhone tidak mengikut tarikh sebenar meskipun dah buat macam-macam untuk setting dan betulkan mengikut tarikh dan bulan islam di Malaysia.

Kalau tengok di facebook dan twitter terutamanya, ramai dah kongsikan tips dan trick untuk betulkan kalendar ini, tapi masih tidak berjaya. Hanya mampu untuk tambah kalendar di lock screen iPhone je, tapi tarikh salah.

Pada tahun 2024 atau 1444H ini, Malaysia menyambut awal Ramadan pada 12 Mac 2024 iaitu hari Selasa dan Arab Saudi adalah awal sehari iaitu 11 Mac 2024.

Kebiasaanya ini memang terjadi dimana Arab akan awal atau lewat sehari daripada kita. Jadi ketika ini, kalendar islam di iPhone terutamanya akan setting mengikut tarikh di Malaysia dan bukan di Arab Saudi.

Tahun ini, lain sikit. iPhone mengikut tarikh Arab Saudi dan kita di Malaysia tak boleh nak reset kembali mengikut geolokasi. Jadi di Malaysia pada bulan Ramadan kali ini terutamanya untuk tarikh Hijrah mengikut tarikh Arab Saudi dan bukan tarikh di Malaysia.

Selepas 15 hari Ramadan berlalu, akhirnya barulah berjaya betulkan kembali tarikh Hijrah ini tetapi menggunakan widget yang boleh diletakkan di bahagian depan lock screen dan bukannya setting geolocation..

Cara Betulkan Kalendar Hijrah Di iPhone

Pengguna iPhone lebih gemar untuk letakkan tarikh hijri pada bahagian depan Lock Screen. Jadi mereka lebih mudah untuk tahu tarikh sebenar dengan lebih pantas tanpa perlu masuk ke apps Calendar.

Jadi menerusi apps Calendar inilah, anda boleh letakkan widget pada bahagian atas bersebelahan tarikh masihi menerusi 'Alternatif Calendar'. Ini bermakna, tarikh masihi dan tarikh hijrah berada di sebelah-menyebelah.

Trick kali ini, widget tersebut akan digantikan dengan widget daripada aplikasi Iman. Dengan widget ini, akan dipaparkan tarikh hijrah sebenar mengikut hari Malaysia.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk anda dapatkan tarikh hijrah yang betul mengikut tarikh di Malaysia terutamanya ketika Ramadan kali ini.

  1. Download aplikasi Iman (percuma) atau Iman Pro (berbayar) di App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan pergi setting
  3. Pergi pada 'Hijri Date Setting'
    1. Hijri Calendar Type - pilih Islamic Civil
    2. Hijri Date Offset - klik (-) untuk jadikan (-1)
  4. Selesai

Ini bermaksud, kita telah settingkan sehari awal untuk kalendar Hijrah yang betul memaparkan tarikh hijrah di Malaysia

Sekarang kita setting widget di Lock Screen pula

  1. Pada lock screen, klik lama-lama sehingga keluar bahagian 'Customise' dan klik padanya dan pilih Lock Screen
  2. Kemudian, klik pada pada bahagian tarikh dan seterusnya pilih widget 'Iman Pro > Date Secondary'
  3. Akhir sekali klik Done

Ini bermakna, anda tidak menggunakan widget Calendar seperti sebelum ini yang mana memaparkan tarikh hijrah di Arab Saudi, sebaliknya menggunakan widget Iman yang kita telah settingkan sebelum ini iaitu sehari awal.

p/s: Kalau tak berjaya tukar, restart iphone anda

Rujuk gambar dibawah selepas tukar widget calendar kepada iman pro. Ketika artikel ini dikeluarkan, Arab Saudi sudah memasuki 19 Ramadan 1445H. Jadi setting untuk -1 untuk Malaysia menjadikan tarikh 18 Ramadan 1445H

cara betulkan kalendar hijrah di iphone

p/s: Berkemungkinan pada Syawal nanti, tarikh tersebut akan betul kembali. Jadi dinasihatkan untuk anda tengok kembali apps Calendar bila bertukar tarikh nanti.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post