Senarai Finalis & Pemenang Anugerah Juara Lagu Tahun 2024 (AJL38)

Senarai Finalis Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu Tahun 2024 (AJL38)

12 lagu kini bakal beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 38 untuk tahun 2024 pastinya untuk merebut gelaran juara sekali diangkat sebagai lagu terbaik pada malam acara yang berprestij tersebut.

AJL38 merupakan acara paling ikonik dalam sejarah dan kali ini mereka menampilkan konsep ekstravaganza menerusi tema Muzikaverse.

BACA JUGAAina Abdul Di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Dalam pentas ini, setiap tahun akan dipertandingkan 12 lagu terbaik iaitu menerusi gabungan penyanyi, pencipta lagu dan komposer serta dipersembahkan di atas pentas.

Untuk pentas AJL, sepenuhnya adalah penentuan menerusi jufi profesional. Disamping itu, terdapat juga undian online yang dibuat iaitu dalam anugerah persembahan terbaik.

Anugerah Juara Lagu 38 telah berlangsung pada 3 Mac 2024, hari Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur dan dipancarkan terus ke TV3 atau live streaming menerusi aplikasi Tonton.

Selain daripada kehangatan persembahan daripada semua finalis, malam acara gilang gemilang itu juga turut dimeriahkan lagi dengan celoteh daripada gandingan Sherry Al-Hadad dan Aliff Satar sebagai pengacara.

Senarai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-38

Berikut merupakan lagu yang bakal bersaing pada malam Anugerah Juara Lagu, AJL38 yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan.

  1. Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
  2. Sutera (Aisha Retno)
  3. Santai (Naqiu)
  4. Inilah Jalannya (Masdo)
  5. Astana (Ernie Zakri)
  6. Darah (Marsha Milan)
  7. Kalam (Shiha Zikir)
  8. Hasrat (Amir Jahari)
  9. Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan)
  10. Bintang (Hael Husaini)
  11. Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin)
  12. Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagi 38 (AJL38) Tahun 2024

Ini merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap anugerah dan juara Anugerah Juara Lagi 38:

Juara AJL38 : Hasrat (Penyanyi : Amir Jahari | Komposer : Amir Jahari | Penulis Lirik : Amir Jahari)

Tempat kedua : Sutera (Penyanyi : Aisha Retno | Komposer : Aishar Retno | Penulis Lirik : MFMF)

Tempat ketiga : Jangan Mati Rasa Itu (Penyanyi : Aina Abdul | Komposer : Aina Abdul | Komposer : Aina Abdul)

Persembahan Terbaik : Sutera (Penyanyi : Aisha Retno)

Vokal Terbaik : Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Penyanyi Pilihan Alha Alfa : Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Finalis & Pemenang Anugerah Juara Lagu Tahun 2024 (AJL38)"