La Nucia vs JDT : Siaran Langsung Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

La Nucia vs JDT : Siaran Langsung Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Pada 18 April ini, akan berlangsung perlawanan kedua melibatkan pertemuan CF La Nucia vs JDT untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa pra musim bagi tahun 2024.

Perlawanan pembukaan telah berlangsung pada 17 April yang lalu dimana Johor Darul Ta'zim bertemu dengan wakil kelab divisyen 3 iaitu Real Murcia CF.

Meskipun mereka pasukan eropah, seperti juara 10 kali Liga Super, JDT tidak berdepan dengan masalah besar apabila menang ke atas lawan dengan jaringan 3-0.

Dalam perlawanan tersebut, gol pertama hadir menerusi daripada pemain dari Syria iaitu Jalil Elias pada minit ketiga. Kemudian jaringan kedua daripada mr. MVP, Arif Aiman pada minit ke-14. Untuk jaringan terakhir datang daripada Francisco Geraldes pada minit 72.

JDT pastinya akan terus memberikan saingan kepada mana-mana pasukan yang mereka hadapi sepanjang berada di bumi Sepanyol ini.

Untuk lawan kali ini, CF La Nucia merupakan pasukan daripada divisyen 4 dan pada musim lalu mereka menamatkan cabaran pada kedudukan tercorot dengan hanya mampu meraih 18 mata sahaja.

Jika mengikut keputusan tersebut, sudah pastinya tiada masalah untuk JDT menghadirkan kemenangan kedua dalam perlawanan kali ini. Tapi semuanya bergantung kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang.

Lagi pula, perlawanan pra musim ini bukanlah bertujuan untuk mencari kemenangan semata-mata, tetapi adalah untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim terbaru yang akan datang.

Siaran Langsung La Nucia vs JDT - Live Streaming

Pada perlawanan menentang Real Murcia sebelum ini, tiada siaran langsung yang dibawakan sama ada dari Malaysia mahupun di Sepanyol. Jadi perlawanan kali ini juga sama seperti sebelumnya.

Tiada siaran langsung untuk menayangkan perlawanan ini. Manakala untuk tontonan live streaming juga tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak.

La Nucia vs JDT : Siaran Langsung Live Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Jadual Dan Keputusan Terkini

Ini adalah jadual perlawanan CF La Nucia vs JDT yang berlangsung pada 18 April 2024, hari Khamis bertempat di Stadium Olimpico Camilo Cano. Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

18 April 2024 (Khamis)

FT : La Nucia (1) - (3) JDT

  • Cristian Martinez 8'
  • Oscar Arribas 26', 73'
  • Nicolao Dumitru 37'

Masa : 5.00 pm (waktu Malaysia)
Venue : Stadium Olimpico Camilo Cano
TV : Tiada
Live Streaming : Tiada

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post