Malaysia vs Vietnam B23 : Siaran Langsung Live Streaming 2024 AFC Asian Cup U23

Malaysia vs Vietnam B23 : Siaran Langsung Live Streaming 2024 AFC Asian Cup U23

Skuad Harimau Muda bawah 23-tahun akan menghadapi perlawanan Malaysia vs Vietnam secara langsung pada 20 April 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Kebangsaan Khalifa.

Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua bagi kumpulan D dalam kempen Piala Asian B23 untuk tahun ini yang mana perlawanan pembukaan telah berlangsung pada 17 April yang lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia terpaksa akur apabila tewas 0-2 kepada juara edisi 2018 iaitu Uzbekistan dan salah satunya dalah menerusi jaringan sepakan penalti.

Kekalahan tersebut pastinya tidak diingini oleh anak-anak buah Juan Torres Garrido. Ditambah pula sebenarnya jaringan tersebut hanyalah disebabkan kesalahan pemain pasukan sendiri.

Berbeza dengan nasib Vietnam apabila mereka juga meraih kemenangan pertama sebelum ini dengan keputusan 3-1 ketika bertemu Kuwait.

Kedua-dua pasukan pasti inginkan kemenangan. Tetapi Malaysia seharusnya lebih rakus untuk mencari kemenangan sulung untuk mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.

Meskipun Malaysia U23 tewas dalam pertemuan terakhir ketika bertemu Vietnam U23 dalam saingan AFF 2023 yang lalu, mereka pastinya tidak mahu menoleh kebelakang dan akan terus mara.

Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam B23 Dan Live Streaming

Sama seperti pada perlawanan pertama, Malaysia vs Vietnam ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Untuk pengguna selain Astro, anda boleh langgan aplikasi Sooka dengan harga RM32.90 untuk pek bulanan All Sports atau pas 24-jam dengan harga RM12.50 sahaja.

Berikut merupakan jadual perlawanan Malaysia vs Vietnam dalam aksi Piala Asia B23 AFC tahun 2024 yang berlangsung pada 20 April 2024 ini.

FT : Malaysia (0) - (2) Vietnam

Khuat Van Kang 39'
Vo Hoang Minh Khoa 60'

*Malaysia tersingkir daripada saingan

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Antarabangsa Khalifa
Siaran TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Malaysia vs Vietnam B23 : Siaran Langsung Live Streaming 2024 AFC Asian Cup U23"