Siaran Langsung Live Streaming Uzbekistan vs Malaysia U23 Piala Asia B23 Tahun 2024

Siaran Langsung Live Streaming Uzbekistan vs Malaysia U23 Piala Asia B23 Tahun 2024

Piala Asian B23 AFC 2024 atau 2024 AFC Asian Cup U23 telah bermula pada 15 April yang lalu dan kini akan berlangsung pula perlawanan Uzbekistan vs Malaysia yang melibatkan skuad bawah 23-tahun.

Pertembungan untuk kedua-dua pasukan ini diadakan pada 17 April 2024, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar.

Ini merupakan perlawanan pembukaan untuk kumpulan D yang mana satu lagi perlawanan melibatkan Kuwait B23 dan Vietnam B23 akan berlangsung pada hari yang sama, jam 11.30 malam.

2024 merupaka edisi ke-6 untuk kejohanan Piala Asia B23. Sepanjang ianya berlangsung, Uzbekistan telah menjadi pasukan regular, manakala ini menampilan ketiga untuk pasukan Malaysia.

Untuk rekod, Uzbekistan pernah bergelar juara AFC Asian Cup U23 iaitu pada edisi 2018. Untuk Malaysia pula, pencapaian terbaik adalah di pusingan suku akhir, juga pada edisi 2018.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan, akan layak ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir. Manakala 3 pasukan terbaik kejohanan, akan memperoleh slot ke Olimpik Paris 2024.

Meskipun berada dalam kumpulan maut, Malaysia B23 dibawah ketua jurulatih Juan Torres Garrido pasti inginkan magis untuk berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Siaran Langsung Uzbekistan vs Malaysia Dan Live Streaming

Jika pada saingan Piala Asia 2023 yang lalu, Astro bawakan kesemua 51 perlawanan secara langsung di kaca tv, kali ini sekali lagi Astro akan bawakan kesemua 32 perlawanan secara live.

Jadi untuk penonton dan penyokong bola sepak tempatan termasuk pasukan Harimau Muda, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Bagi yang tiada Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan pek All Sports berharga RM32.90 sebulan atau pas 24-jam berharga RM12.50.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan Piala Asia B23 AFC tahun 2024 antara Uzbekistan vs Malaysia pada 17 April 2024, hari Rabu bertempat di Stadium Antarabangsa Khalifa.

FT : Uzbekistan (2) - (0) Malaysia

  • Jasurbek Jaloliddinov 11'
  • Ulug'bek Khoshimov 83'

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Antarabangsa Khalifa
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post