Live Sri Pahang vs Geylang International - Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Live Sri Pahang vs Geylang International - Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2024

Sebelum skuad Tok Gajah berangkat pulang, akan ada satu lagi perlawanan iaitu antara Sri Pahang vs Geylang International FC yang mana akan berlangsung pada 18 April 2024 bertempat di Singapura.

Ini juga merupakan salah satu perlawanan yang berlangsung sepanjang tempoh pra musim bagi pasukan Sri Pahang pada kali ini iaitu menerusi Singapore Tour.

Sebelum ini, Sri Pahang sudah menghadapi satu perlawanan iaitu berdepan dengan Albirex Nigata iaitu pada 16 April yang lalu bertempat di Stadium Jalan Besar.

Pada perlawanan tersebut, sepertinya Sri Pahang tidak berkesempatan untuk menguji sepenuhnya pasukan apabila hanya beraksi dalam tempoh 35 minit sahaja sebelum perlawanan dihentikan sebab cuaca hujan.

Walaupun begitu, Sri Pahang berjaya menjaringkan satu gol sebelum perlawanan dihentikan menerusi pemain kelahiran Serbia terbaru iaitu Aleksandar Cvetkovic.

Semoga pada perlawanan kedua ini, Sri Pahang berkesempatan untuk beraksi dalam masa penuh sekali gus mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim terbaru yang bermula pada Mei ini.

Siaran Langsung Sri Pahang vs Geylang International

Sama seperti pada perlawanan sebelumnya dimana tiada tayangan siaran langsung dibuat sama ada di saluran Astro mahupun RTM termasuk juga penyiar di Singapura.

Jika ada pun, mungkin tayangan live streaming daripada pihak ketiga untuk menayangkan perlawanan persahabatan ini pada hari perlawanan.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan pra musim 2024 antara Sri Pahang vs Geylang International FC yang berlangsung pada 18 April 2024, hari Khamis bertempat di Singapura.

FT : Sri Pahang (1) - (0) Geylang International

Waktu : TBA
Venue : Stadium Padang Besar
TV : Tiada
Live Streaming : akan dikemaskini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post