Tonton Drama Villa Kristal (WeTV Original)

drama villa kristal di wetv pada 4 mac

WeTV telah bergerak selangkah kehadapan apabila bakal menayangkan sebuah siri drama original dan eksklusif pertama mereka untuk tahun 2022 berjudul Villa Kristal mulai 4 Mac ini.

BACA : Saksikan Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Villa Kristal merupakan sebuah siri drama komedi yang diarahkan oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong dengan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Jasmine Suraya.

Selain daripada gubungan barisan pelakon yang berbakat, naskah ini juga bakal memberikan sebuah cerita asal yang menarik disamping kolaborasi bersama studio produksi yang diiktiraf oleh industri

Episod : 12
Pengarah : Kabir Bhatia & Jason Chong
Penulis Skrip : Nor Hazlin Nor Salam
Penerbit : Christina Tan & Angie Choo
Produksi : WeTV dan Revolution Media

drama villa kristal di wetv

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Villa Kristal ini seperti Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, Maria Farida, Lee Yvonnez dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai HANI
  • Mawar Rashid sebagai ROSE
  • Jasmine Suraya sebagai ANGLE
  • Tiz Zaqyah sebagai DIANA
  • Tony Eusoff sebagai IDRIS
  • Alvin Wong sebagai ROBIN
  • Nazrief Nazri sebagai USTAZ ADIB
  • Fadlan Hazim sebagai DETEKTIF ISA

drama villa kristal di wetv

Sinopsis Villa Kristal

Drama Villa Kristal mengisahkan kehidupan Hani yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami "Villa Kristal".

Ianya sebuah kondominium eksklusif "Villa Kristal" didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani, seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose, merupakan seorang penghuni di sana.

Hani yang menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya iaitu Angel dan Diana. 

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

drama villa kristal di wetv pada 4 mac

Waktu Tayangan

Drama siri Villa Kristal ini bakal menemui penonton mulai 4 Mac 2022 yang disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat jam 8.00 malam di platform penstriman WeTV Malaysia. 

Anda boleh tonton secara percuma menerusi wetv.vip atau melalui aplikasi WeTV Malaysia yang boleh dimuat-turun di Play Store dan App Store.

Tonton Semua Episod : Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 (Akhir)

drama villa kristal di wetv

drama villa kristal di wetv

2/Post a Comment/Comments

  1. menarik gak ni. tapi sejujurnya dah lama sungguh tak tgk cerita2 kat TV ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post