Selepas 2 Tahun Tidak Beroperasi. Kini Tapak Pasar Malam Temerloh Jaya Dibuka Semula
Mungkin ini menjadi berita baik khusus untuk penduduk Taman Temerloh Jaya termasuklah penjual yang berniaga di tapak pasar malam ini selepas MPT membenarkan pengoperasian semula bermula 14 Februari 2022
Aku pun pelik kenapa tapak pasar malam kat Taman Temerloh Jaya (TJ) tu ditutup hampir 2 tahun lamanya sedangkan tapak pasar malam lain dalam daerah Temerloh ini dibuka seperti biasa.
Tapak pasar malam TJ ni mula ditutup apabila wabak Covid-19 menyerang Malaysia dan kemudian kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Lockdown yang bermula sejak Mac 2019.
Tapi sebenarnya bukan aktiviti pasar malam TJ je diarahkan tutup sepenuhnya tetapi semua tapak pasar malam ditutup ketika itu. Ianya tidak lain tidak bukan mengelakkan orang ramai berkumpul dalam satu masa yang pastinya memudahkan wabak tersebut merebak.
Tetapi dari bulan ke bulan keadaan semakin baik termasuklah di Temerloh. Jadi Kerajaan mula membenarkan pengeoperasian semula tapak pasar malam tetapi perlu mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh beroperasi.
Jadi di Temerloh, beberapa tapak pasar malam juga dibenarkan beroperasi seperti di Mentakab dan beberapa kawasan lain tetapi tidak di Taman Temerloh Jaya.
Aku rasa sejak dari itulah, aku dah terlalu jarang turun ke mana-mana tapak pasar malam yang ada di Temerloh ni. Sebab biasanya aku akan pergi pasar malam tj ni sahaja. Tambahan pula kita masih lagi berada dalam situasi pandemik kan.
Tapak Pasar Malam Temerloh Jaya Kini Beroperasi Semula
Tapi beberapa hari yang lalu, aku ada nampak posting daripada pengguna facebook yang memaklumkan tapak pasar malam temerloh jaya akan beroperasi semula seperti biasa bermula 14 Februari 2022.
Tapak Pasar Malam Temerloh Jaya beroperasi setiap hari Isnin bermula jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam dengan lokasi tapak yang sama iaitu disekeliling kedai MPT. (berbentuk U)
Kalau di pasar malam tj ni, aku biasa beli Coconut Shake, Putu Mayam, Nasi Goreng, Keropok Lekor dan Air Soya. Alhamdulillah, aku tengok semalam, kebanyakan juadah ini masih dijual dengan penjual yang sama.
Akan tetapi penyusunan jenis perniagaan sepertinya akan berterabur. Ada seperti campuran kategori jualan di tempat yang kurang sesuai. Mungkin masih awal kot. Tak pasti lah. Lagi pun macam tak ramai sangat lagi peniaga.
Seperti biasa, SOP tetapi diteruskan. Anda terlebih dahulu imbas atau scan MySejahtera yang disediakan di 4 pintu masuk bagi setiap penjuru. Kemudian anda perlu pakai face mask sepanjang masa ketika berada di dalam tapak pasar malam tersebut.
Jadi kalau korang nak dapatkan juadah makanan, minuman, barang-barang basah, ayam segar, sayur dan buah-buahan, pakaian, mainan dan pelbagai barangan lagi, boleh datang ke Tapak Pasar Malam Temerloh Jaya setiap hari isnin.
Selain daripada tapak pasar malam, di tapak ini juga akan dijadikan sebagai Bazar Ramadan Temerloh Jaya setiap tahun apabila tiba bulan puasa.
Lokasi Tapak Pasar Malam Di Temerloh
Kalau anda ada masa terluang, anda boleh pergi ke mana-mana tapak pasar malam yang beroperasi dalam daerah Temerloh ini.
Pasar Malam | Hari |
---|---|
Pasar Malam Taman Temerloh Jaya | Isnin |
Pasar Malam Taman Saga | Isnin |
Pasar Malam Desa Murni | Isnin |
Pasar Malam Temerloh | Selasa |
Pasar Malam Kg. Dato' Shariff Ahmad | Selasa |
Pasar Malam Taman Tualang Indah | Rabu |
Pasar Malam Seri Kemuning | Rabu |
Pasar Malam Sri Ketumbit | Rabu |
Pasar Malam Kuala Krau | Jumaat |
Pasar Malam Lanchang | Jumaat |
Pasar Malam Chatin | Jumaat |
Pasar Malam Taman Bukit Bendera | Sabtu |
Pasar Malam Seri Kerinau | Sabtu |
Pasar Malam Desa Jaya | Ahad |
Pasar Malam Mentakab | Setiap Malam |
Manakala untuk Pasar Tani beroperasi setiap hari Khamis untuk Bandar Temerloh dan hari Jumaat lokasi Seberang Temerloh.
Untuk Pekan Sehari, anda boleh datang setiap isnin di Pekan Sehari Kuala Krau, setiap Selasa di Pekan Sehari Lanchang, setiap hari Sabtu di Pekan Sehari Kerdau dan setiap hari Ahad di Pekan Sehari Temerloh.
Untuk rujukan lanjut, anda boleh pergi ke laman web MPT di www.mpt.gov.my
Post a Comment for "Selepas 2 Tahun Tidak Beroperasi. Kini Tapak Pasar Malam Temerloh Jaya Dibuka Semula"
Post a Comment