Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Untuk anda yang ingin menghubungkan (link) Tabung Haji dengan akaun atau kad ATM Maybank anda, boleh ikuti perkogsian kami disini.

Selepas berjaya menghubungkan akaun Tabung Haji dan Maybank, anda boleh melakukan pelbagai transaksi sama ada menggunaakn perkhidmatan melalui mesin ATM, perkhidmatan CDM, pertanyaan baki sehinggalah menggunakan perkhidmatan perbankan online Maybank2u.

Ini sedikit sebanyak akan memudahkan urusan hari-hari anda. Kini tidak lagi perlu beratur panjang di cawangan Tabung Haji hanya untuk ketahui baki akaun atau ingin buat deposit atau keluarkan duit Tabung Haji.

BACACara Deposit Duit Tabung Haji Guna JomPay Di Maybank2U

Semuanya anda boleh lakukan secara online sahaja menerusi perbankan internet Maybank2u selepas berjaya disambungkan dengan akaun Tabung Haji anda.

Antara Kelebihan Link Tabung Haji Dengan Maybank

Berikut merupakan antara kelebihan yang disediakan apabila anda hubungkan (link) akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank

  • Boleh keluarkan duit Tabung Haji di ATM dan M2U
  • Pindahkan simpanan Tabung Haji
  • Pertanyaan baki di ATM dan M2U
  • Pendaftaran Haji di ATM
  • Dapatkan mini penyata akaun Tabung Haji

Namun begitu setiap transaksi yang dibuat akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 kecuali bagi pertanyaan baki, pendaftaran haji dan dapatan mini penyatan akaun TH

Cara Hubungkan (Link) Tabung Haji Dengan Maybank

Untuk menghubungkan akaun Tabung Haji anda dengan Maybank, anda boleh lakukan di mana-manan lokasi mesin ATM Maybank dan ianya adalah percuma.

Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk anda aktifkan atau sambungkan (link) akaun Tabung Haji anda dengan akaun Maybank.

1)  Masukkan Kad ATM Maybank anda beserta nombor pin

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

2)  Kemudian pada paparan utama, pilih menu "Tabung Haji"

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

3)  Seterusnya, anda perlu tekan pada menu "Daftar Akaun TH ke ATM Kad"

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

4)  Masukkan nombor akaun TH (15-digit) anda pada ruang yang disediakan

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

5)  Akhir sekali, nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anda akan dipaparkan. Klik "Ya"

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Selesai! Kini Tabung Haji anda sudah disambungkan dengan Maybank dan anda boleh terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan lebih mudah terutamanya perbankan online Maybank2u.

Selain daripada Maybank, anda juga boleh hubungkan akaun Tabung Haji dengan CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam dan Ambank. Proses pengaktifan juga hampir sama.

Untuk info lanjut berkaitan pengaktifan (Link) akaun Tabung Haji, anda boleh pergi ke pautan www.tabunghaji.gov.my/irakan-strategik

Semoga bermanfaat 

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post