Jadual & Keputusan Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Jadual Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Selepas meraikan kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tidak akan terus dibuat mimpi apabila akan mengharungi perlawanan sebenar bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang juga akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

BACA : Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023 bersama 23 Pasukan Asia Yang Lain

Selepas mengharungi pusingan play-off sebelum ini, Malaysia perlu lagi menghadapi pusingan akhir bermula 8 hingga 14 Jun 2022 ini bagi melayakkan terus ke Piala Asia 2023 yang dijadualkan di China bersama-sama 13 pasukan yang telah layak lebih awal iaitu China, Australia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Lebanon, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Syria, UAE dan Vietnam.

Untuk Pusingan Akhir Kelayakan kali ini sebanyak 24 buah negara yang akan merebut 11 lagi slot kosong yang mana kesemuanya akan diasingkan dengan empat pasukan bagi setiap enam kumpulan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Kumpulan  Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Setiap kumpulan akan bermain di sebuah negara sahaja yang menjadi tuan rumah dan untuk Kumpulan E ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah yang mana kesemua  enam perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

  • Kumpulan E - bahrain, Turkmenistan, Malaysia, Bangladesh
  • Kejohanan : Pusingan Akhir Kelayakan AFC Piala Asia 2023 China
  • Tarikh : 8 Jun - 14 Jun 2022
  • Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil
  • Waktu : 5.15 PM & 9.00 PM

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Selepas mengharungi perlawanan persahabatan sebelum ini, akhirnya Ketua Jurulatih negara, Kim Pan Gon telah telah menyenaraikan 23 pemain bagi membawa cabaran untuk kejohanan kali ini seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Sepertinya, penyerang profilik, De Paula terus mendapat kepercayaan daripada Ketua Jurulatih bagi merobek gol lawan seterusnya memberikan kemenangan kepada Malaysia. 

Jadual & Keputusan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Jadi sebab semua perlawanan diadakan di Malaysia, peminat bola sepak tanah air boleh memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya dengan menyaksikan aksi secara langsung di stadium dengan dapatkan tiket masuk di www.tickethotline.com.my

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana ada juga ditayangkan secara langsung di kaca tv. Anda boleh saksikan di saluran Astro Arena 801 atau boleh juga strim di Astro Go dan Sooka.my

Bukan itu sahaja, kalau tiada Astro, anda masih boleh lagi saksikan secara langsung di saluran TV9 (Astro 149 dan Myfreeview 109) atau boleh juga strim secara percuma di www.tonton.com.my

Berikut merupakan senarai jadual penuh bagi setiap perlawanan Kumpulan E termasuk Malaysia sepanjang kejohanan ini berlangsung. Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan.

8 Jun 2022 (Rabu)

  • Bahrain (2) - (0) Bangladesh
  • Turkmenistan (1) - (3) Malaysia
    • Safawi Rasid 11'
    • Faisal Halim 16'
    • Altymyrat Annadurdyyev 38'
    • Corbin-Ong 45'+2

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 

11 Jun 2022 (Sabtu)

  • Bangladesh (1) - (2) Turkmenistan
  • Malaysia (1) - (2) Bahrain
    • Mohamadou Sumareh 55'
    • Ali Haram 57'
    • Abdulla Yusuf Helal 81' (P)

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 | Live 5   

14 Jun 2022 (Selasa)

  • Bahrain (1) - (0) Turkmenistan
  • Malaysia (4) - (1) Bangladesh
    • Safawi Rasid 16' (P)
    • Dion Cools 38'
    • Mohammad Ibrahim 31'
    • Syafiq Ahmad 47'
    • Darren Lok 73'

Live Streaming : Live 1 | Live 2Live 3 | Live 4  

MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2023!!!

Sekiranya anda ingin dapatkan keputusan bagi perlawanan yang melibatkan kumpulan pasukan lain dalam Qualifier AFC Asian Cup 2023 kali ini, anda boleh rujuk di laman web AFC di www.the-afc.comafc_asian_cup

1/Post a Comment/Comments

  1. mesti meriah stadium bukit jalil tahun ni. all the best pasukan malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post