Telefilem PT 6210 Di Astro Prima

Telefilem PT6210 Di Astro Prima

Sempena Kemerdekaan, Astro bawakan telefilem khas PT6210 yang akan menemui penonton pada 31 Ogos 2022, hari Rabu pada jam 10.00 malam menerusi siaran Astro Prima 105 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Panaric Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Yus Yusoff dengan penulisan skrip adalah bersama daripada Adza Emie Adenan, Yus Waisar dan tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem PT6210

Telefilem PT6210 menampilkan barisan pelakon seperti Anuar Kin Wag, Fimie Don, Mahmud Ali Basha, Margaret Gan, Kalpana Shree dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem PT6210 Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang pemuda Melayu mendapati dirinya perlu pulang ke kampungnya di Kedah untuk melihat bapanya yang sedang nazak.

Ketika itu, tahun 1970, pada saat jurang perkauman berada di kemuncak. Hanya ada satu cara yang boleh membawanya ke sana iaitu menaiki sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki Cina pertengahan usia.

Telefilem PT6210 Di Astro Prima

Telefilem PT6210 Di Astro Prima

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post