Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai sejak pengumuman dividen ASB yang dibuat pada 22 Disember yang lalu iaitu untuk semak dividen yang diperoleh dan tahu berapa sebenarnya jumlah yang anda peroleh selepas pelaburan dibaut selama setahun.

Mungkin ada antara anda yang melabur dan masuk duit setiap bulan secara cash. Dan mungkin ada juga antara anda yang membuat ASB-Financing (ASBF) sama ada bermula sejak bulan januari atau pertengahan tahun dan sebagainya.

Jadi daripada situasi itu, pastinya ramai yang tertanya-tanya adakah mereka akan peroleh jumlah dividen yang sama seperti mengikut perkiraan yang telah dikongsikan oleh pihak ASB atau menerusi cara mudah kira dividen ASB 2022 ini.

Untuk makluman anda, pihak ASNB telah mengumumkan pada 1 Januari 2023, jumlah bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit dan bermula pada hari Ahad itu juga, pelabur boleh mula semak bonus diperoleh secara online menerusi myASNB.

Akan tetapi segala urus niaga ASB sama ada untuk keluar atau tambah unit hanya bermula pada 3 Januari 2023 (Selasa). Ketika itu, urusan boleh dibuat sama ada secara online di myASNB atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.

Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Berapa agaknya bonus yang anda peroleh daripada dividen ASB 2022 iaitu 4.60% + 0.50% untuk bonus tambahan?

Cara Semak Bonus Dividen ASB 2022

Jadi bermula 1 Januari 2023 itu, anda boleh mula semak bonus ASB yang diperoleh hanya secara online sahaja sama ada di portal www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB.

  1. Masuk ke halaman www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB dengan login menggunakan ID Pengguna dan Password yang anda telah tetapkan
  2. Di halaman utama, pada bahagian "Dana Saya", klik pada Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  3. Disinilah akan terpapar segala transaksi atau urus niaga dalam tempoh 90 hari terbaru termasuklah bonus ASB untuk tahun 2022
  4. Klik pada transaksi tersebut untuk ketahu secara detail jumlah bonus yang anda peroleh untuk tahun 2022

Berikut merupakan perkongsian bergambar cara semak bonus untuk dividen ASB 2022:

Langkah 1 : Buka aplikasi myASNB dan login menggunakan ID dan password

Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Langkah 2 : Kemudian pada bahagian Dana Saya, klik pada Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Langkah 3 : Bonus ASB 2022 akan terpapar pada bahagian paling atas Urus Niaga Terkini.

  • Normal Reinvestment (Divided) - 3.35%
  • Specil Reinvestment (Bonus) - 1.15%
  • Special Dividend (Bonus Tambahan) - 0.50%

Cara Semak Bonus Dividen ASB Diperoleh Tahun 2022

Langkah 4 : Tambahkan kesemua jenis transaksi tersebut dan itulah bonus dan dividen ASB 2022 yang anda perolehi.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun myASNB, anda boleh daftar secara online terlebih dahulu. Tetapi sekiranya tidak berjaya, semakan bonus ASB 2022 boleh juga dibuat menerusi perbankan online Maybank atau di mana-mana cawangan ASNB dan ejen ASNB seperti bank dan pejabat pos seluruh negara.

Cara Semak Dividen ASB Di Maybank MAE

  1. Buka aplikasi MAE dan login ke akaun Maybank2u anda
  2. Pada halaman utama, cari tab Wealth dan klik padanya
  3. Akan dipaparkan semua pelaburan yang anda sambungkan dengan Maybank termasuk ASB. Klik pada ASNB Accounts dan klik sekali lagi
  4. Akhirnya akan dipaparkan transaksi untuk bonus dividen ASB 2022 iaitu Normal Investment (3.35%), Special Reinvestment (1.15%) dan Special Bonus Dividend (0.50%)
  5. Tambah kan kesemuanya dan itulah bonus untuk dividen ASB 2022 anda.


Harap membantu!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post