Cara Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023 Di Astro, NJOI Dan Sooka

Cara Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023 Di Astro Dan Sooka

Untuk musim 2023, tayangan Liga Malaysia akan kembali ke Astro dan RTM apabila kedua-duanya kini menjadi penyiar rasmi bagi saingan Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Mungkin sebelum ini, kita dapat tonton secara percuma semua perlawanan Liga Super menerusi platform Unifi seperti di Youtube. Tetapi kali ini tidak lagi, kerana ada perlawanan yang dibawakan menerusi saluran Astro perlu dibayar kecuali untuk beberapa perlawanan termasuk tayangan di RTM pun percuma.

Walaubagaimanapun, Astro berbesar hari menawarkan pelbagai alternatif khusus kepada peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia secara langsung menerusi platform tersebut.

Ya, anda tidak semestinya perlu melanggan Astro untuk menonton bola sepak. Kerana pelbagai cara untuk anda boleh saksikan perlawanan tersebut selain daripada langganan yang pastinya ada kontrak untuk anda patuhi. Tetapi tetap di saluran yang sah.

Selain daripada alternatif langganan, demi memeriahkan lagi kehangatan bola sepak Malaysia, Astro juga membawakan 2 saluran terbaru khusus untuk Liga Malaysia iaitu Arena Bola (803) dan Arena Bola 2 (804) dan kesemua 244 perlawanan dalam resolusi HD.

BACA : Astro Tambah 2 Saluran Terbaru Untuk Liga Malaysia - Arena Bola

Bukan itu sahaja, selain perlawanan bola sepak, juga akan dibawakan belakang tabir latihan setiap pasukan. Kemudian akan ada ulasan untuk pra-perlawanan dan ulasan penuh selepas tamat perlawanan serta berita terkini yang akan dibawakan sepanjang musim.

Untuk RTM, akan dibawakan menerusi siaran TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Kesemua 75 perlawanan akan ditayangakn secara percuma. Anda boleh tonton di tv atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tapi macam mana pula nak tonton bola di Astro?

Cara Tengok Bola Liga Super Malaysia 2023 Menerusi Astro Dan Sooka

Terdapat 4 cara untuk anda menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi saluran Astro iaitu sama ada anda melanggan Astro, menggunakan NJOI atau menerusi aplikasi Sooka.

1)  Jika anda pengguna Astro dan melanggan Pek Sukan (Sports Pack)

Sekiranya anda dalam situasi ini, berita baik kerana tiada caj tambahan yang dikenakan kepada anda. Anda boleh tengok semua perlawanan termasuk juga dapat 2 saluran Arena Bola tersebut

2)  Jika anda pengguna Astro tetapi TIDAK melanggan Pek Sukan (Sports Pack)

Anda ada 2 pilihan sama ada langgan Pek Sukan (Sports Pack) dengan harga RM81.99 sebulan untuk 18 bulan atau anda boleh beli sahaja tambah atau add-on Pas Liga Malaysia dengan harga RM4.99 sebulan untuk 3 bulan. (Harga biasa RM9.99 sebulan). Dengan itu, anda boleh tengok semua perlawanan dan dapat 2 saluran Arena Bola.

Pengguna Astro, boleh tengok disini untuk Pek Liga Malaysia.

Cara tengok bola Liga Super Malaysia 2023 di Astro

3)  Jika anda pengguna NJOI

Untuk pengguna NJOI, anda juga ada 2 pilihan iaitu beli Pek Sports Mega dengan harga RM70 sebulan dan anda boleh tonton semua saluran sukan seperti EPL, UCL, UEL, Badminton termasuk Liga Malaysia bersama 2 saluran Arena Bola.

Selain itu, anda juga boleh beli sahaja Pek Liga Malaysia dengan harga RM29 sebulan dan boleh saksikan semua perlawanan termasuk dapat juga 2 saluran Arena Bola.

Pengguna NJOI, boleh tengok tawaran Pek Liga Malaysia disini

Cara tengok bola Liga Super Malaysia 2023 di NJOI

4)  Jika anda pengguna Sooka

Ini adalah alternatif ketiga dimana, tiada kontrak ditawarkan seperti di Astro. Melalui Sooka, anda boleh beli pas satu-perlawanan sahaja atau anda boleh langgan sebulan terus dan pastinya boleh cancel pada bila-bila masa sahaja.

Sooka kini tersedia di laman web https://sooka.my atau aplikasi yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store dan juga tersedia di Smart TV yang terpilih.

Ada 3 cara jika anda menggunakan Sooka

#i - Langgan VIP TV

Dengan harga RM62.90 sebulan anda boleh tengok semua saluran sukan Astro seperti Astro Supersport, SPOTV dan macam-macam lagi termasuk perlawanan Liga Super. Pakej ini juga anda boleh tonton di smartphone, web dan Smart TV. Pek lain semua tak boleh tengok di TV, hanya VIP TV sahaja yang boleh.

#ii - Langgan VIP+Sports

Dengan harga RM41.90 sebulan anda dapat sama sahaja seperti VIP TV tetapi hanya terhad untuk tonton di smartphone dan web sahaja.

#iii - Pas Liga Malaysia

Sooka juga ada menyediakan Pas Liga Malaysia secara bulanan dengan harga RM28.90. Khusus untuk Liga Malaysia sahaja. Boleh tengok live match, ada 2 saluran Arena Bola, highlight, perlawanan tertunda dan sebagainya.

Tetapi kalau nak jimat lagi, anda juga boleh beli pas satu-perlawanan sahaja dengan harga RM4.90 sahaja untuk satu perlawanan. Mungkin ada peminat pasukan Tok Gajah, Sri Pahang jadi anda nak tengok game Sri Pahang sahaja. Jadi beli la single-match pass untuk game tersebut sahaja.

Cara tengok bola Liga Super Malaysia 2023 di Sooka

Terpulang kepada anda nak ambil pakej mana mengikut bajet anda. Boleh layan kesemua perlawanan secara sah di platform yang sah.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post