Drama Melur Untuk Firdaus 2 - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3 & Disney+ Hotstar

Drama Melur Untuk Firdaus 2 di TV3

Saksikan drama terhangat Melur Untuk Firdaus 2 yang akan menemui penonton mulai 16 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Selain itu, drama yang menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini juga boleh distrim menerusi platform web dan aplikasi Disney+ Hotstar. Tontonan boleh dibuat lebih awal daripada tayangan tv pada hari yang sama. Boleh tonton disini.

Drama 35 episod yang merupakan kesinambungan daripada Melur Untuk Firdaus musim pertama ini merupakan terbitan syarikat produksi A-Ten Alliance Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dan Arield Mohd Rifin dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hasan.

OST Drama

Tajuk Lagu : Pejam
Penyanyi : Rahmad Mega
Komposer : Omar K (World Peace Entertainment) & Ikhwan Fatanna
Penulis Lirik : Omar K (World Peace Entertainment)  & Ikhwan Fatanna 

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Melur Untuk Firdaus 2 seperti Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Sabrina Sharleen, Kuza, Azhar Amir, Haleeda Mazlin, Zainol Ismail, Hani Nazrina dan ramai lagi.

  • Meerqeen sebagai Firdaus
  • Anna Jobling sebagai Melur
  • Eyka Farhana sebagai Mawar
  • Azim Yusof sebagai Zack
  • Fimie Don sebagai Haris
  • Sabrina Sharleen sebagai Rania
  • Kuza sebagai Kamariah
  • Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus 2

Drama Melur Untuk Firdaus 2 memperlihat perkembangan watak dan hubungan Melur dan Firdaus sebagai pasangan suami isteri.

Firdaus dan Melur tertekan dengan desakan untuk mendapatkan zuriat daripada Walid. Terdapat juga kehadiran watak baharu yang bernama Mawar.

Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Elemen ini juga menyuntik dinamik berbeza dalam musim baharu ini.

Kerjaya Melur semakin maju. Dia telah mengasaskan sebuah syarikat penerbitan buku kanak-kanak bersama rakan kongsinya, Zackery. Namun, tanpa disedarinya, Zackery telah menaruh hati terhadap Melur.

Mampukah Melur dan Firdaus mengecapi bahagia dalam perhubungan mereka?

Tayangan Drama Melur Untuk Firdaus 2

Jadi untuk ketahui apakah kesudahannya, jangan lupa tonton drama Melur Untuk Firdaus 2 mulai 16 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam di slot Akasia di TV3 atau boleh strim di Disney+ Hotstar.

Drama Melur Untuk Firdaus 2 di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus 2 di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post