Review Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Review Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Khamis lepas, sebuah lagi drama terbaru terbitan Astro yang ditayangkan iaitu Scammer Geng Marhaban menerusi saluran Astro Ria 104 serta boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Ianya ditayangkan setiap hari Khamis, mulai 5 Mei yang lepas pada pukul 11.00 malam dengan durasi selama 30 minit. Yes, ianya ditayangkan selepas drama Anda Itu Takdirnya.

Review Drama Scammer Geng Marhaban

Aku tergerak nak tengok drama ni sebab 'kapla' sahaja. Nak tengok bagaimana seorang pelakon yang muncul pada awalnya dengan watak yang ganas, tiba-tiba bertukar sepenuhnya kepada watak lucu dan komedi dalam drama ini.

Jika dilihat dalam episod pertama, Amir Ahnaf bawakan satu watak anak emak yang selalu scam atau tipu orang ramai sehinggakan terpaksa meringkuk dalam penjara. Untuk aku, Amir sebagai Aidil dalam cerita ini, just nice. Tidak terlalu kekok pun. Tapi masih ada something yang boleh dibaiki.

Review Drama Scammer Geng Marhaban Di Astro Ria

Mungkin sebab aku compare dengan rakannya Mierul Aiman yang bagi aku cukup baik bawa watak komedi dalam Imam Instant, Ustazah Scammer sekali pun beraksi dengan watak yang hampir sama seperti Amir dalam Projek High Council sebagai Fakri.

Tapi mungkin terlalu awal nak judge keseluruhan tentang lakonannya. Mungkin juga akan semakin baik through out this series kan nanti. Sebab keseluruhan ada 8 episod semuanya dan Amir juga antara watak utama. Jadi pastinya screen time untuk dia lepas-lepas ni.

Selain itu, untuk episod awal ni, aku tengok cerita dia macam terlalu rushing. Nak terangkan tentang 'scam' yang dilakukan oleh Aidil pun macam nak taknak je. Macam tak sampai sangat. Tapi mungkin sebab flashback dan tidak terlalu penting kot.

Sebenarnya aku tak tahu pun cerita ni 30 minit sahaja. Tengok-tengok tiba-tiba dah habis. Rupanya 30 minit sahaja. Ditambah pula dengan iklan. Tapi tetap menghiburkan la. Boleh tengok untuk hilangkan boring sebelum tidur kan.

Rasanya episod seterusnya adalah permulaan apabila anak-anak kepada Hjh. Quyah iaitu Aidil dan Adib akan mencari siapa yang berani 'scam' ibunya tersebut dan menipu duit yang telah diambil hanya untuk tempah baju baru kumpulan Marhaban. Pasti akan lebih menarik dan kelakar.

Mungkin itulah sebab kenapa drama dinamakan sebagai Scammer Geng Marhaban.

Selain Amir Ahnaf, terdapat juga pelakon lain seperti Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn Waty, Raja Azura dan ramai lagi. 


Rating Drama Scammer Geng Marhaban (Episod 1) - 6.5/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post