Siaran Langsung Keputusan ACL 2023 : JDT vs Ulsan Hyundai Tarikh Perlawanan Dan Live Streaming

JDT vs Ulsan Hyundai ACL 2023

Kembali lagi dalam saingan AFC Champions League 2023 dan pastinya tumpuan penuh diberikan kepada satu-satunya wakil negara menerusi juara Liga Super sedekad iaitu Johor Darul Ta'zim yang kini terus beraksi dalam kejohanan ini.

ACL 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua untuk peringkat kumpulan dan perlawanan kali ini akan melibatkan pasukan yang sama beraksi dalam perlawanan sebelumnya tetapi ditukar venue dari tuan rumah kepada pasukan pelawat dan sebaliknya.

Jika sebelum ini Ulsan Hyundai menjadi tuan rumah, tetapi dalam pertemuan JDT vs Ulsan Hyundai kali ini giliran JDT pula akan menjadi tuan rumah dan bakal melayan kunjungan pasukan daripada Korea Selatan itu pada 7 November 2023 (Selasa) di Stadium Sultan Ismail.

💡Table Of Contents

  1. Pertemuan Terakhir
  2. Sejarah Pertemuan
  3. Siaran Langsung JDT vs Ulsan Hyundai FC
  4. Keputusan Terkini
  5. Tayangan Siaran Langsung

Pertemuan Terakhir

Pada pertemuan sudah yang berlangsung pada 24 Oktober yang lalu, Ulsan Hyundai telah membuktikan kepada pasukan pelawat yang mereka adalah lebih handal ketika bermain di halaman sendiri meskipun sebelum ini pernah tewas kepada JDT.

Dalam pertemuan tersebut, Ulsan sepertinya tidak memberikan ruang kepada JDT untuk bernafas terutamanya dalam tempoh 45 minit perlawanan apabila mereka berjaya menjaringkan tiga biji gol kurang daripada 20 minit.

Meskipun sudah berada jauh di hadapan, mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila salah satu pemain mereka dilayangkan kad merah pada minit 36. Bermula daripada itulah, mereka mengendurkan serangan untuk menjaga gawang mereka dari dibolosi.

Meskipun begitu, pada tempoh 45 minit seterusnya, JDT akhirnya berjaya menghasilkan gol saguhati menerusi Bergson da Silva apabila menjaringkan gol pada minit 53 menerusi sepakan padu terus terjah jaring lawan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan kepada juara K-League 2023 iaitu Ulsan Hyudai dengan jaringan 3-1 ketika berhadapan dengan JDT. Sekali gus, JDT terpaksa pulang tanpa sebarang mata yang mana telah dibolot oleh Ulsan

Sejarah Pertemuan

Dengan berakhirnya perlawanan tersebut, dalam tiga pertemuan untuk kedua-dua pasukan kini masih berpihak kepada JDT berbanding Ulstan Hyudai dengan 2-1. Dua kemenangan tersebut diperoleh juga dalam peringkat kumpulan saingan ACL iaitu untuk edisi 2022.

Ketika itu, SSI menjadi pusat bagi kesemua perlawanan ekoran wabak pandemik yang mengehadkan perjalanan. Jadi secara tidak langsung, JDT menjadi tuan rumah dalam semua perlawanan termasuk ketika bertemua Ulsan Hyundai ketika itu.

Dalam 2 perlawanan, kedua-duanya dimenangi oleh JDT yang pastinya menjadi kubu kuat untuk pasukan harimau selatan tersebut. Kedua-dua menang dengan jaringan yang sama iaitu 2-1. Kemudian barulah tewas ketika bermain di Ulsan.

Kini kembali semula ke Johor dan adakan sejarah akan berulang dan JDT akan menang kali ketiga di SSI? Kemenangan ini juga cukup penting untuk JDT bagi mencari slot juara atau naib juara kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik selepas ini

Siaran Langsung JDT vs Ulsan Hyundai 7 November 2023 (ACL 2023)

Saksikan perlawanan AFC Champions League (ACL) 2023 antara JDT menentang Ulsan Hyundai FC pada 7 November 2023 (Selasa) jam 8.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini antara Johor Darul Ta'zim vs Ulsan Hyundai FC yang dikemaksini secara langsung sehingga tamat masa penuh.

FT : JDT (2) - (1) Ulsan Hyundai

  • Heberty 44'
  • Ataru Esaka 69'
  • Akhyar Rashid 87'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

BACA : Kedudukan Terkini JDT Dalam ACL 2023

Siaran Langsung

Aksi bola sepak peringkat kumpulan ACL 2023 JDT vs Ulsan Hyundai ini akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) pada pukul 8.00 malam.

Penonton juga boleh tonton secara live streaming di Astro Go atau platform Sooka iaitu dengan menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Keputusan ACL 2023 : JDT vs Ulsan Hyundai Tarikh Perlawanan Dan Live Streaming"