Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan Live Di Astro Asian Cup 2023

Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan Live Di Astro Asian Cup 2023

Siaran langsung perlawanan Jordan vs Korea Selatan berlangsung secara live di Astro pada 20 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 7.30 malam waktu Malaysia yang diadakan di Stadium Al-Thumama.

Ini merupakan perlawanan kedua pertama untuk kumpulan E. Selepas tamat perlawanan ini, akan berlangsung satu lagi perlawanan dengan kumpulan yang sama antara Malaysia vs Jordan.

Perlawanan antara pemenang. Inilah yang boleh dikatakan pertemuan antara Jordan dan Korea kali ini. Kedua-duanya meraih kemenangan pertama sebelum ini.

Jordan menang besar ke atas Malaysia pada perlawanan pertama apabila berjaya menjaringkan sebanyak empat gol tanpa balas, sekali gus berada di kedudukan teratas kumpulan.

BACA JUGA : Jordan Selesa Atasi Harimau Malaya

BACA JUGA : Korea Menang Bergaya Ketika Bertemu Bahrain

Manakala Korea yang kini berada di tempat kedua dalam kumpulan di belakang Jordan turut meraih keputusan kemenangan ketika bertemu Bahrain dengan jaringan 3-1.

Sekiranya dalam perlawanan ini, ada keputusan kemenangan, pasukan tersebut secara automatik layak terus ke peringkat kalah mati di pusingan 16 terbaik nanti.

Kedua-duanya berada dalam keadaan positif selepas meraih kemenangan. Kedua-duanya mahukan kemenangan demi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Jika melihat prestasi semasa, Korea Selatan sepertinya berkelebihan selain daripada rangking FIFA yang lebih tinggi. Korea juga setakat ini tidak pernah tewas dalam sembilan perlawanan dan meraih kemenangan kali ketujuh berturut-turut.

Sekiranya perkara tersebut menjadi kayu pengukur, Jordan dalam bahaya dalam perlawanan ini. Tetapi ini perlawanan bola sepak yang siapa tidak jangka, semua perkara mampu terjadi.

Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan Piala Asia 2023

Untuk peminat bola sepak terutamanya dalam kejohanan AFC Asian Cup kali ini yang melibatkan perlawanan Jordan dan Korea Selatan, anda boleh saksikan secara langsung di Astro.

Anda boleh tonton live di Astro Arena Bola 2 804 pada hari perlawanan atau secara online di Astro Go. Boleh juga live streaming di Sooka. Tiada tayangan live di RTM.

Selain itu, anda juga boleh layan game ini menerusi laman youtube rasmi AFC Asian Cup. Tetapi perlu menggunakan VPN untuk dapatkan akses di Malaysia.

Jadual & Keputusan

Jangan lupa saksikan siaran langsung Jordan vs Korea Selatan pada 20 Januari 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Al Thumama di Qatar.

FT : Jordan (2) - (2) Korea Selatan

  • Son Heung Min 9' (P)
  • Park Yong Woo 37'
  • Yazan Al-Naimat 45+6'
  • Yazan Abu Al-Arab 90+1' (OG)

Masa : 7.30 Malam
Venue : Stadium Al Thumama
TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : DISINI

Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Anda boleh dapatkan jumlah jaringan dan senarai penjaring disini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan Live Di Astro Asian Cup 2023"