Final Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Qatar (Live Streaming)

Final Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Qatar (Live Streaming)

Perlawanan bola sepak peringkat Final Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) antara Jordan vs Qatar akan berlangsung pada 10 Februari 2024, hari Sabtu jam 11.00 Malam bertempat di Stadium Lusail dengan live di Astro dan RTM.

Akhirnya kejohanan tertinggi asia kini sudah sampai ke penghujung dimana mempertemukan dua pasukan terbaik yang sudah melepasi halangan bermula daripada peringkat kumpulan yang berlangsung sejak 13 Januari lagi.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Piala Asia 2023

Perjalanan Pasukan Jordan

Finalist, Jordan bertandang ke Qatar pastinya ingin memburu kejuaraan sulung. Tidak disangka, harapan tersebut bakal menjadi nyata apabila buat pertama kali dalam sejarah negara tersebut berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Asia.

Jordan bermula baik pada peringkat kumpulan apabila membelasah Malaysia dengan jaringan 4-0. Kemudian hampir sahaja menewaskan juara tiga kali, Korea Selatan dengan meraih keputusan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Meskipun dalam tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan kepada Bahrain, Jordan yang menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan E berjaya menjadi empat pasukan tempat ketiga terbaik dan mara ke peringkat kalah mati.

Pada pusingan 16, Jordan berjaya menumbangkan Iraq dengan jaringan tipis 3-2 dan diikuti dengan kemenangan bertemu Tajikistan 1-0 yang juga merukana kemenangan tipis ketika itu bermain di pusingan suku akhir.

Di semi final, Jordan dan Korea bertemu sekali lagi sama seperti ketika peringkat kumpulan. Tetapi kali ini, Jordan lebih bersedia untuk menerima segala serangan daripada Korea Selatan. Ternyata tektikal mereka berjaya apabila menang pertama kali kepada Korea 2-0 dan sekali gus mara ke final.

BACA JUGA : Jordan Menang Pertama Kali Keatas Korea

Perjalanan Pasukan Tuan Rumah, Qatar

Qatar mempergunakan sebaiknya selaku tuan rumah kali ini nampaknya. Mereka bermula dengan garang apabila menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan tanpa sebarang bolos. Keputusan 3-0 menentang Lubnan, 1-0 bertemu Tajikistan dan juga menang 1-0 berhadapan dengan China.

Di pusingan 16, Qatar bertemu Palestin yang mana menyaksikan tuan rumah menang hasil jaringan 2-1. Kemudian di suku akhir, telah menyaksikan Qatar vs Uzbekistan terikat 1-1 dalam tempoh perlawanan sebenar dan hanya ditentukan kemenangan menerusi sepakan penalti yang berkesudahan 3-2.

BACA JUGA : Keputusan Dramatik Qatar Keatas Iran

Dengan kehadiran penyokong tuan rumah sendiri, Qatar menunjukkan segala kehebatan mereka apabila apabila berjaya menewaskan juara tiga kali, Iran dengan kemenangan dramatik 3-2 hasil jaringan minit-minit akhir.

Pertemuan Jordan vs Qatar (head-to-head)

Secara keseluruhan dalam sejarah, Jordan dan Qatar pernah bertemu sebanyak 22 kali. 12 daripadanya dimenangi oleh Qatar dan Jordan pernah menang sebanyak 6 kali sahaja. Selebihnya mereka meraih keputusan seri.

Kali terakhir mereka bertemu pada bulan Januari 2023 dalam aksi persahabatan antarabangsa FIFA dimana menyaksikan Jordan menang 2-1, meskipun bermain di tempat lawan. Adakah ianya satu petunjuk?

Jika buat perbandingan di atas kertas berpandukan rangking FIFA, Qatar mempunyai kelebihan apabila mendudukan tangga ke-58 berbanding Jordan di tempat ke-87. Tetapi masing-masing telah menunjukkan yang kedudukan FIFA tidak penting apabila berjaya menumpaskan pasukan yang lebih tinggi rangking sebelum ini.

Siaran Langsung Jordan vs Qatar & Live Streaming

Peminat bola sepak di Asia terutamanya di Malaysia pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan aksi terakhir dalam kempen Piala Asia 2023 kali ini. Adakah Qatar berjaya mempertahankan kejuaraan miliknya pada edisi 2019 atau Jordan melakar sejarah menang buat pertama kali.

Semua ini anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Berita baik untuk yang tiada Astro, kerana perlawanan akhir Jordan vs Qatar ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi RTM di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Kalau tiada tv, boleh tonton live streaming di aplikasi RTM Klik secara percuma.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual dan keputusan terkini bagi perlawanan final Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) antara Jordan vs Qatar yang berlangsung pada 10 Februari 2024 iaitu hari Sabtu. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

FT : Jordan (1) - (3) Qatar

  • Akram Afif 22' (P), 73' (P), 90+5' (P)
  • Yazan Al-Naimat 67'

Masa : 11.00 malam waktu Malaysia
Venue : Stadium Lusail
Tayangan TV : Arena Bola & TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Qatar Juara Piala Asia AFC 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Final Asian Cup 2023 : Siaran Langsung Jordan vs Qatar (Live Streaming)"