Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Oman Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Hari yang ditunggu kini tiba apabila bakal berlangsung pertembungan sekali Malaysia vs Oman iaitu pada 26 Mac 2024, hari Selasa dan kini mereka akan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ya, sebelum ini kedua-dua pasukan ini pernah iaitu pada 22 Mac juga dalam kejohanan yang sama iaitu perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan tuan rumah. Jaringan dilakukan pada minit 58 oleh Issam Al-Sabhi dan minit 88' daripada Muhsen Al-Ghassani.

Ini bukanlah perlawanan timbal balik, tetapi perlawanan keempat yang mana jika sebelum ini Oman menjadi tuan rumah dan kali ini, mereka pula akan menjadi pasukan pelawat. Juga kepada pasukan Malaysia.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 - Round 1

Dalam perlawanan kelayakan kali ini, Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama-sama Oman, Chinese Taipei dan Kyrgyzstan. Kesemua pasukan akan bermain dua pusingan. Ini bermaksud setiap pasukan akan bertemu pasukan lawan masing-masing sebanyak dua kali.

Jadi untuk Round 1, jadualnya sudah lengkap. Masing-masing telah mengharungi 3 perlawanan dan telah bertemu setiap pasukan. Kini sudah memasuki Round 2 yang mana mereka akan bertemu sekali lagi, tetapi di venue yang berlawanan.

Selepas ini, akan berlangsung perlawanan keempat, kelimat dan keenam. Untuk perlawanan keempat, selain Malaysia vs Oman yang berlangsung pada 26 Mac ini, akan berlangsung juga Kyrgyzstan vs Chinese Taipei pada tarikh yang sama.

Dalam tiga perlawanan tersebut, Malaysia menang keatas Kyrgyzstan 4-3 dan Chinese Taipei 1-0. Kemudian tewas dengan Oman di gelanggang lawan dengan jaringan 2-0.

Dengan keputusan tersebut, Oman menggunguli carta kumpulan D diikuti Chinese Taipei dan Malaysia yang mana masing-masing mengutip 6 mata. Hanya Chinese Taipei sahaja tidak berjaya meraih sebarang mata ketika ini.

Malaysia Perlu Dapatkan Mata Untuk Mencerahkan Peluang Mara Ke Peringkat Seterusnya

Hanya dua pasukan teratas yang akan mara ke peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya masih belum dalam keadaan selamat lagi. Bertemu Oman bukanlah satu perkara yang mudah jika dibandingkan dengan kedudukan rangking FIFA ketika ini.

Oman di kedudukan ke-80 dunia dan Malaysia di rangking ke-132.

Meskipun agak sukar untuk menumpaskan pasukan Arab tersebut, tetapi bukan mustahil untuk Malaysia sekurang-kurangnya mencuri 1 mata. 3 mata pastinya diidamkan dan ditambah pula bermain di halaman sendiri.

Ekor Harimau pastinya ditagih untuk perlawanan kali ini. Datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan suntikan semangat kepada pemain-pemain yang beraksi dalam perlawanan kali ini.

Malaysia vs Oman - Siaran Langsung Di Astro Dan RTM

Bagi yang berkelapangan pada malam Selasa ini, boleh datang beramai-ramai dan penuhkan stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Walaupun ada isu padang, datang je lah.

Tapi yang jauh, jangan risau! Anda masih boleh saksikan perlawanan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803.

Malaysia vs Oman

Bukan itu sahaja, peralawanan ini turut disiarkan secara live saluran RTM iaitu di TV Okey serta Sukan RTM yang mana anda boleh tonton secara percuma.

Bagi yang tiada tv, anda boleh live streaming di telefon pintar anda sama ada menggunakan aplikasi Sooka atau platform RTM Klik pada hari perlawanan.

Kalau tak sempat ke stadium, tapi nak rasa vibe tonton di stadium bersama orang ramai, boleh datang di 16 lokasi tayangan skrin besar yang disediakan di seluruh negeri.

Keputusan Terkini

Berikut merupakan jadual perlawanan Malaysai vs Oman untuk kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

26 Mac 2024 (Selasa)

FT : Malaysia (0) - (2) Oman

  • Omar Al-Malki 45'+5 (P)
  • Mubarak Al-Ghafri 90'+4

Masa : 10.00 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro & RTM
Live Streaming : RTM Klik

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post