AFC Asian Cup : Siaran Langsung Malaysia vs Korea Selatan Live RTM & Astro

AFC Asian Cup : Siaran Langsung Malaysia vs Korea Selatan Live RTM & Astro

Piala Asia 2023 perlawanan siaran langsung Malaysia vs Korea Selatan live di RTM dan Astro jadual pada 25 Januari 2024, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Al Janoub di Qatar.

Ini adalah hari penentuan untuk skuad Harimau Malaya adakah mereka mampu untuk menghadiahkan sesuatu dalam perlawanan ini untuk diri dan pastinya seluruh rakyat Malaysia yang menyokong sepanjang kejohanan AFC Asian Cup ini berlangsung.

Jika dilihat dari awal, kita sudah terkeluar dari saingan, kemudian belum lagi memungut sebarang mata dalam dua perlawanan sebelum ini dan setakat itu juga, masih belum menjaringkan sebarang gol. Berbeza dengan keputusan pasukan Asia Tenggara yang lain.

Jadi pertemuan bertemu Korea Selatan ini, pastinya satu keputusan positif yang ingin dicapai oleh pemain-pemain termasuk juga ketua jurulatih Kim Pan Gon. Kalau tak menang pun, atleast seri. Kalau kalah pun, sekurang-kurangnya berjaya menjaringkan walau 1 gol.

Keputusan Malaysia Sepanjang Saingan Piala Asia 2023

Kita sedia maklum, pada awalnya skuad negara mensasarkan untuk layak ke pusingan 16 meskipun berada dalam kumpulan E antara yang terkuat apabila bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Tetapi ianya tidak berjaya dilaksanakan.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Malaysia Menentang Bahrain

Malaysia terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila dikecewakan pada saat-saat akhir bertemu Bahrain pada 20 Januari yang lalu menerusi gol betul-betul disaat-saat akhir permainan. Hanya 1 gol tersebut, secara automatik Malaysia tersingkir daripada saingan.

Harimau Malaya juga bermula dalam kempen Piala Asia kali ini dengan langkah kiri apabila dalam tempoh 45 minit pertama sudah dibolosi 3 gol ketika bertemu Jordan pada perlawanan pertama. Akhirnya terpaksa akur tumpas 4-0 dalam perlawanan tersebut.

BACA JUGA : Kekalah Pertama Malaysia Dalam Piala Asia 2023-2024

Kini bakal mengharungi satu lagi perlawanan iaitu yang ketiga sebagai pelengkap jadual bertemu King Of Asia iaitu Korea Selatan yang pernah bergelar juara Piala Asia dua kali berturut-turut iaitu pada edisi 1956 dan 1960.

Korea yang kini berada di tempat kedua dalam kumpulan juga mengharapkan kemenangan bertemu Malaysia kerana mereka masih belum layak ke peringkat seterusnya. Jika mereka tewas, kemungkinan juga mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Korea Selatan (Head-to-Head)

Secara keseluruhan, pertemuan antara Korea Selatan dan Malaysia telah berlangsung sebanyak 48 kali. Malaysia menang 10 daripadanya dan tewas sebanyak 29 kali dan seri sebanyak 9 kali. Kali terakhir menang adalah pada tahun 1980.

Untuk skuad senior, Korea dan Malaysia sudah lama tidak bertembung. Tetapi pertemuan terbaru kedua-dua pasukan ini adalah dalam saingan Sukan Asia 2018 menerusi skuad bawah-23 ketika itu dan bukan skuad senior.

Yang lebih manis, Malaysia yang dibarisi sebahagian pemain-pemain muda yang kini berada dalam skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan Korea dengan keputusan 2-1. Ketika itu, Son Heung Min sudah bermain dalam skuad Korea U23 tersebut.

Meskipun jika dilihat atas kertas dengan buat perbandingan kedudukan ranking FIFA, Korea di kedudukan ke-23 pastinya sukar untuk ditewaskan oleh pasukan seperti Malaysia yang menghungi tangga ke-130.

Mata Ranking FIFA Bakal Dikutip Malaysia

Berikut merupakan mata raking yang bakal dikutip oleh pasukan Malaysia dalam perlawanan ini menentang Korea Selatan sama ada menang, kalah atau seri.

  • Menang = +29.79 (naik ke tangga ke-128)
  • Seri = +12.29 (naik ke tangga ke-132)
  • Kalah = -5.21 (turun ke tangga ke-137)

Sebelum kemaskini terbaru daripada FIFA, Malaysia kini berada di kedudukan ke-136 apabila tewas kepada Jordan dan Bahrain sebelum ini.

Kali Terakhir Tayangan Skrin Besar Di Malaysia

Disebabkan ini merupakan perlawanan terakhir melibatkan skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup), ini juga kali terakhir aktiviti tayangan skrin besar di lakukan di Malaysia untuk menonton kejohanan ini.

Jadi bagi anda yang belum sempat merasai kehangatan menonton beramai-ramai dengan menyaksikan aksi bola sepak ini, jangan terlepas untuk datang ke mana-mana lokasi terpilih yang ada di seluruh Malaysia. Dalam Stadium Nasional Bukit Jalil pun ada tau.

BACA JUGA : Lokasi Tayangan Skrin Besar - Malaysia vs Korea

Siaran Langsung Korea Selatan vs Malaysia - Live Di RTM & Astro

Seperti biasa kalau melibatkan pasukan Malaysia terutamanya dalam sukan bola sepak, pasti ramai tertanya-tanya ada live tak? Ada live streaming ke nanti? Tayang siaran langsung kat tv mana? Kalau di Astro ada, kat RTM ada juga ke? dan macam-macam lagi.

Jadi sama juga seperti perlawanan sebelum-sebelum ini dalam saingan Piala Asia apabila dua penyiar rasmi RTM dan Astro akan bawakan secara langsung ke kaca tv anda di rumah termasuk perlawanan Korea Selatan vs Malaysia.

Untuk Astro, anda boleh saksikan di saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Kalau nak tengok secara online live streaming, boleh pergi ke Astro Go khusus untuk pengguna Astro atau langgan dengan harga RM12.90 sahaja di platform Sooka.

Manakala di RTM, anda boleh tonton menerusi TV Okey dan Sukan RTM sama ada di tv Astro atau MYTV. Untuk live streaming pula, boleh menggunakan platform RTM Klik yang tersedia di laman web atau aplikasi mobile secara percuma.

Oleh itu, anda boleh tonton dengan tenang di rumah sahaja. Boleh tengok beramai-ramai bersama keluarga atau housemate anda. Bagi sokongan dari jauh. Doakan kejayaan pasukan dan semoga pemain-pemain bermain dengan baik.

Keputusan Perlawanan

Berikut merupakan keputusan perlawanan Korea Selatan vs Malaysia bagi saingan kumpulan E yang terakhir dalam Piala Asia 2023 berlangsung pada Khamis, 25 Januari 2024 dengan waktu perlawanan ikut waktu Malaysia

FT : Malaysia (3) - (3) Korea Selatan

  • Yeong Jeong Woo 21'
  • Faisal Halim 51'
  • Arif Aiman 62'
  • Kang In Lee 83'
  • Son Heung Min 90+4'
  • Romel Morales 90+15'

Masa : 7.30 Malam
Venue : Stadium Al Janoub
Tayangan TV : Astro & RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*Malaysia bawa pulang 1 mata, bawa pulang 3 gol. Tahniah Harimau Malaya

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "AFC Asian Cup : Siaran Langsung Malaysia vs Korea Selatan Live RTM & Astro"