Siaran Langsung Live Streamin Kuwait vs Malaysia 2024 AFC Asian Cup U23

Siaran Langsung Live Streamin Kuwait vs Malaysia 2024 AFC Asian Cup U23

Skuad Harimau Muda akan mengakhiri kempen Asian Cup U23 untuk edisi 2024 apabila bakal berlangsung perlawanan antara Kuwait vs Malaysia.

Seperti dijadualkan pada awalnya dimana perlawanan ini akan berlangsung pada 23 April 2024, hari Selasa, waktu sepak mula pada jam 11.30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Meskipun perlawanan ini tidak lagi bermakna untuk anak-anak buah Juan Torres Garrido untuk mara ke peringkat seterusnya, tetapi masih penting sekurang-kurangnya pulang dengan jaringan dan mata kemanangan.

Skuad Malaysia B23 telah sah tersingkir daripada kempen Piala Asia B23 kali ini apabila tewas dua kali sebelum ini ketika bertemu Uzbekistan dan Vietnam.

Pada perlawanan pembukaan kumpulan D, Malaysia terpaksa akur apabila tumpas dengan bekas juara edisi 2018, Uzbekistan dengan jaringan 2-0.

Kemudian dalam perlawanan kedua, Malaysia bertemu dengan musuh tradisi serantau iaitu Vietnam. Dalam perlawanan tersebut juga, Harimau Muda tewas dengan keputusan yang sama 2-0.

Kini Malaysia berada di kedudukan ketiga tanpa sebarang mata dan tanpa sebarang jaringan. Sudah pastinya perlawanan ini penting untuk mereka.

Ini kerana, setidak-tidaknya sebelum pulang ke tanah air, mereka mampu untuk berikan sesuatu kepada penyokong di Malaysia sama ada menerusi jaringan gol atau lebih baik dengan kemenangan.

Meskipun begitu, Kuwait juga inginkan perkara yang sama. Mereka juga tewas ketika bertemu Vietnam dengan keputusan 3-1 dan kalah dengan jaringan yang besar 5-0 ketika bertemu Uzbekistan.

Untuk rekod, Malaysia B-23 telah bertemu 10 negara Arab sehingga kini dan Kuwait menjadi negara arab yang ke-11 yang mereka akan bertemu. Daripada kesemua pertemuan, Malaysia B23 hanya menang 8 kali, seri 5 kali dan telah tewas sebanyak 24 kali.

Adakah Harimau Muda mampu untuk mencipta kemenangan kali ke-9 ketika bertemu Kuwait nanti? Atau mereka akan pulang dengan tanpa sebarang kemenangan?

Siaran Langsung Kuwait vs Malaysia - Live Streaming

Perlawanan antara Kuwait B23 dan Malaysia B23 tetap akan disiarakn secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go, percuma untuk pelanggan pek sukan Astro.

Tapi bagi yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh langgan pek All Sports berharga RM32.90 sebulan atau pas 24-jam dengan harga RM12.50 sahaja.

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Kuwait vs Malaysia dalam saingan Piala Asia B23 tahun 2024 yang bakal berlangsung pada 23 April 2024 iaitu pada Selasa ini.

FT : Kuwait (2) - (1) Malaysia

  • Salman Al Awadhi 45'+14
  • Talal Al Qaisi 60'
  • Haqimi Azim 63'

Masa : 11.00 Malam
Venue : Stadium Al-Janoub
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streamin Kuwait vs Malaysia 2024 AFC Asian Cup U23"