Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Jadual Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 kini telah tiba dan edisi ke-15 kali ini sekali lagi kita dapat saksikan pasukan hoki handalan dunia akan berentap mengejar kejauraan mulai 13 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Bhubaneswar dan Rourklea, India.

Kejohanan dunia juga diberi nama FIH Odisha Hockey Men's World Cup 2023 ini bakal mempertemukan 16 pasukan terhebat dunia. Selain daripada pasukan tuan rumah, India, 5 lagi pasukan secara automatik diberi slot kejohanan iaitu juara bagi setiap benua. Pasukan yang lain perlu mengharungi peringkat kelayakan sebelum berjaya mara ke pusingan akhir kejohanan dunia kali ini.

Kesemua pasukan telah diundi dalam 4 kumpulan iaitu Pool A, Pool B, Pool C dan Pool D. Malaysia yang telah layak secara merit berada di dalam kumpulan C bersama-sama juara dunia 3 kali, Belanda, New Zealand dan Chile.

Pasukan Dalam Setiap Kumpulan

  • Kumpulan A - Australia, Argentina, Perancis, Afrika Selatan
  • Kumpulan B - Belgium, Jerman, Korea Selatan, Jepun
  • Kumpulan C - Belanda, New Zealand, Malaysia, Chile
  • Kumpulan D - India, England, Sepanyol, Wales

Senarai Pemain Skuad Hoki Kebangsaan Di Hoki Piala Dunia 2023

Seramai 18 pemain telah dipilih oleh ketua jurulatih Arul Selvaraj kali ini dan senarai telah keluarkan dan diumumkan sejak Disember lalu. Mereka yang bakal menggalas cabaran di kejohanan sukan hoki padang tertinggi ini adalah seperti dalam gambar dibawah

Senarai pemain skuad hoki kebangsaan di hoki piala dunia 2023

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohonan Hoki Piala Dunia 2023

Kejuaraan Dunia sukan badminton sudah, Piala Dunia sukan bola sepak sudah dan kini pula Piala Dunia sukan hoki padang. Edisi kali ini merupakan kali kelapan Malaysia berjaya layak ke Piala Dunia Hoki dan menduduki tangga keempat merupakan pencapaian terbaik yang pernah dicatatkan pada 1975.

Diharapkan The Speedy Tigers akan memberikan aksi yang terbaik seperti di Hoki Piala Asia sebelum ini. Jadi teruskan bagi sokongan dengan menyaksikan aksi pasukan kebangsaan yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801.

Manakala perlawanan-perlawanan lain, akan disiarkan juga secara langsung di menerusi saluran Astro Supersport 811 dan Astro Go juga di Sooka.my. Selain itu, boleh juga strim secara online di https://watch.hockey/ secara percuma.

Jangan risau kalau anda tiada Astro, kejohanan ini juga akan ditayangkan di Sukan RTM dan TV Okey di saluran Astro 146 dan Myfreeview 110. Juga boleh strim di https://rtmklik.rtm.gov.my

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan penuh melibatkan semua pasukan sepanjangn kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 berlangsung.

13 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Argentina (1) - (0) Afrika Selatan - 3.30PM di Astro Superspot 811 & TV Okey
FT : Australia (8) - (0) Perancis - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : England (5) - (0) Wales - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (2) - (0) Sepanyol - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

14 Januari 2023 (Sabtu)
FT : New Zealand (3) - (1) Chile - 3.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belanda (4) - (0) Malaysia - 5.30PM di Astro Arena 801 & & TV Okey
FT : Belgium (5) - (0) Korea Selatan - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jerman (3) - (0) Jepun - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

15 Januari 2023 (Ahad)
FT : Sepanyol (5) - (1) Wales - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : England (0) - (0) India - 9.30PM di Astro Supersport 814 & TV Okey

16 Januari 2023 (Isnin)
FT: Malaysia (3) - (2) Chile - 3.30PM di Astro Arena 801 & Astro Superspor 811 & TV Okey
FT : New Zealand (0) - (4) Belanda - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Perancis (2) - (1) Afrika Selatan - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Argentina (3) - (3) Australia - 9.30PM di di Astro Supersport 811 & TV Okey

17 Januari 2023 (Selasa)
FT : Korea Selatan (2) - (1) Jepun - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jerman (2) - (2) Belgium - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

19 Januari 2023 (Khamis)
FT : Malaysia (3) - (2) New Zealand - 3.30PM di Astro Arena 801 & Astro Supersport 811
FT : Belanda (14) - (0) Chile - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Sepanyol (0) - (4) England - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (4) - (2) Wales - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

20 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Australia (9) - (2) Afrika Selatan - 3.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Perancis (5) - (5) Argentina - 5.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (7) - (1) Jepun - 7.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Korea Selatan (2) - (7) Jerman - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

--------------------------------------

Peringkat Crossover

22 Januari 2023 (Ahad)
FT : Malaysia (2) - (2) Sepanyol (Pen: 4-5) - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : India (3) - (3) New Zealand (Pen: 4-5) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

23 Januari 2023 (Isnin)
FT : Jerman (5) - (1) Perancis - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Argentina (5) - (5) Korea Selatan (Pen: 2-3) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

--------------------------------------

Suku Akhir

24 Januari 2023 (Selasa)
FT : Australia (4) - (3) Sepanyol - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (2) - (0) New Zealand - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

25 Januari 2023 (Rabu)
FT : England (2) - (2) Jerman (Pen :3-4) - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belanda (5) - (1) Korea Selatan - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

--------------------------------------

Tempat Ke-9 ~ Ke-16

26 Januari 2023 (Khamis)
FT : Afrika Selatan (6) - (3) Malaysia - 2.00PM di Astro Arena 802 & TV Okey
FT : Wales (2) - (2) Perancis (Pen: 2-1) - 4.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Chile (0) - (8) Argentina - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Jepun (0) - (8) India - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

--------------------------------------

Separuh Akhir

27 Januari 2023 (Jumaat)
FT : Australia (3) - (4) Jerman - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Belgium (2) - (2) Belanda (Pen: 3-2) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

--------------------------------------

Tempat Ke-13 ~ Ke-16

28 Januari 2023 (Sabtu)
FT : Malaysia (3) - (2) Jepun - 2.00PM di Astro Arena 801 & TV Okey
FT : Chile (2) - (4) Perancis - 4.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

*Malaysia dan Perancis di tangga ke-13 & Chile dan Jepun di tangga ke-16

Tempat Ke-9 ~ Ke-12

28 Januari 2023 (Sabtu)
FT : Argentina (6) - (0) Wales - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey
FT : Afrika Selatan (2) - (5) India - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

*Argentina dan India di tangga ke-9 & Wales dan Afrika selatan di tangga ke-11

--------------------------------------

Tempat Ke-3 & Ke-4 (Gangsa)

29 Januari 2023 (Ahad)
FT : Australia (1) - (3) Belanda - 7.00PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

*Belanda menang pingat gangsa ditempat ke-3. Australia di tangga ke-4

Final

29 Januari 2023 (Ahad)
FT : Jerman (3) - (3) Belgium (Pen: 5-4) - 9.30PM di Astro Supersport 811 & TV Okey

*Jerman juara Piala Dunia Hoki 2023

--------------------------------------

*Kedudukan Terakhir Kesemua Pasukan - disini

Untuk info lanjut, boleh layari laman web rasmi FIH Hockey di www.fih.hockey

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post