Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain Live RTM & Astro AFC Asian Cup 2024

Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain Live RTM & Astro AFC Asian Cup 2024

Perlawanan kedua untuk kumpulan E akan berlangsung pada 20 Januari 2024, hari Sabtu dan antara yang akan bersiaran langsung adalah perlawanan bola Malaysia vs Bahrain live di RTM dan Astro bagi saingan Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup).

Ini pastinya perlawanan yang penting untuk kedua-dua pasukan bagi mengejar slot untuk ke pusingan seterusnya berikutan hanya satu lagi peluang yang ada untuk perlawanan ketiga nanti. Bahrain dan Malaysia sudah tentu akan berikan yang terbaik dalam perlawanan ini.

Keputusan Perlawanan Pertama (P1)

Untuk pasukan bola sepak Bahrain, pada perlawanan pembukaan mereka bertemu jaguh Asia, Korea Selatan. Dalam perlawanan tersebut, pada awalnya, perlawanan seimbang bagi kedua-dua pasukan apabila saling menyerang antara satu sama lain dan terikat dengan jaringan 1-1.

Tetapi Korea Selatan ternyata tidak mahu mengalah dan menunjukkan mereka adalah terbaik dalam kumpulan E ini dan seterusnya menambahkan rentak serangan sehingga berjaya menambah lagi dua gol sekali gus memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1 menentang Bahrain.

BACA JUGA : Bahrain Tumpas 1-3 Kepada Korea Selatan

Nasib yang sama menimpa skuad Harimau Malaya apabila turut tumpas kepada pasukan lawan yang mana ketika itu bertemu Jordan. Ternyata ranking yang memisahkan antara keduanya memberikan gambaran sebenar kepada perlawanan tersebut.

Jordan tidak mahu tunggu lama dalam perlawanan tersebut apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-12. Bukan itu sahaja, sebelum tamat aksi babak pertama, Jordan menjaringkan dua gol lagi menjadikan 3-0 ketika itu. Sebelum tiupan wisel penamat, Jordan menambah satu lagi gol menjadikan keputusan penuh 4-0 bertemu Malaysia.

Mungkin percaturan ketua jurulatih Kim Pan Gon tidak jadi? Atau mungkin pemain-pemain Malaysia masih gugup bermain di peringkat tertinggi Asia dalam Piala Asia kali ini. Atau ada sebab lain yang menyebabkan kekalahan besar tersebut.

BACA JUGA : Keputusan Penuh Malaysia vs Jordan Piala Asia 2023

Pada 10 minit terakhir, Malaysia bermain agak baik dengan menguasai perlawanan. Ada beberapa percubaan dibuat bagi mendapatkan gol sagu hati. Tetapi ternyata saiz pemain Jordan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka terutamanya dalam perebutan bola di udara. Adakah pasukan negara mampu bangkit?

pemain malaysia vs jordan

Sejarah Pertemuan Bahrain vs Malaysia (H2H)

Secara keseluruhan Malaysia pernah bertemu dan lawan bola sepak sebanyak 12 kali. Daripada jumlah tersebut, Malaysia hanya pernah menang 2 kali sahaja dan telah tewas sebanyak 7 kali. Selebihnya meraih keputusan seri sebanyak 3 kali.

Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam Kelayakan Piala Asia 2022 di Bukit Jalil yang mana Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Bahrain. Satu jaringan tersebut dihasilkan oleh penyerang naturalisasi, Mohamdou Sumareh. Walaupun begitu, ianya tidak mencukupi.

Lima pertemuan terakhir kedua-dua pasukan juga tidak menunjukkan keputusan yang positif kepada pasukan negara apabila tewas tiga kali dan seri dua kali. Adakah siri kekecewaan tersebut akan berterusan dalam saingan AFC Asian Cup kali ini juga?

Mata Ranking Bakal Dikutip

Selepas kekalahan kepada Jordan tempoh hari, rangking FIFA secara tidak rasmi untuk pasukan Malaysia jatuh kepada 132 daripada 130. Walaupun begitu, pihak FIFA masih lagi belum buat pengumuman rasmi setakat ini.

Dalam perlawanan ini, Malaysia kini di rangking 132 akan bertemu dengan pasukan Bahrain di kedudukan ke-88 secara live terus dari Qatar. Ikut kedudukan ini, pastinya akan berkelebihan kepada Bahrain yang mempunyai rangking yang lebih tinggi.

Berikut merupakan mata ranking FIFA yang bakal dikutip oleh Malaysia dalam perlawanan ini:

  • Menang +22.5 (naik rangking ke-128)
  • Seri +5 (naik ranking ke-131)
  • Kalah -12.5 (turun ranking ke-136)

Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain - Live RTM & Astro (Waktu Malaysia)

Untuk penonton di Malaysia pastinya ingin tahu kat mana nak tengok live Bahrain vs Malaysia. Akan adakah tayangan secara live dibuat untuk peminat-peminat bola sepak di tanah air ini? Macam mana nak tengok siaran langsung kalau ada ditayangkan di tv?

Sama seperti pada perlawanan sudah, dimana game Malaysia vs Bahrain ini juga turut ditayangkan secara siaran langsung menerusi dua penyiar rasmi di Malaysia iaitu Astro dan RTM. Jadi anda boleh tonton di salah satu saluran ini.

Untuk di Astro, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Bagi tonton live streaming, penonton boleh langgan di platform https://sooka.my/ dengan harga RM12.90 sahaja untuk pas 24 jam bagi menyaksikan secara live.

Manakala untuk live RTM, anda boleh saksikan di siaran TV Okey dan Sukan RTM. Bukan siaran tertunda, tapi siaran langsung. Untuk yang ingin menonton secara live streaming, boleh menggunakan platform https://rtmklik.rtm.gov.my/ secara percuma sahaja.

BACA JUGA : Lokasi Tayangan Skrin Besar - Malaysia vs Bahrain

Jadual & Keputusan

Jadi jangan lupa untuk saksikan siaran langsung Malaysia vs Jordan live RTM dan Astro Piala Asia 2023 pada 20 Januari 2024, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada 10.30 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Jassim Bin Hamad di Qatar

FT : Bahrain (1) - (0) Malaysia

  • Ali Madan 90+6'

Masa : 10.30 Malam waktu Malaysia
Venue : Stadium Jassim Bin Hamad
Tayangan TV : Arena Bola 803, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : DISINI

*Keputusan Malaysia vs Bahrain akan dikemaksini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain Live RTM & Astro AFC Asian Cup 2024"